Penerbit filem Bisikan Nafsu, Datuk A.Aida menasihati orang ramai supaya tidak membuat penilaian awal terhadap karya tersebut hanya berdasarkan teaser yang dikongsikan di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Allah Merestui Doa & Harapan Seorang Ibu’ – A Aida
Artikel Berkaitan: ‘Saya Janji Untuk Buat Semua Mama Suruh’ – Azeva Nekad Ceburi Industri Seni Demi Datuk A Aida
Ada pengajaran

A.Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 56, berkata orang ramai seharusnya menonton filem berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kesimpulan mengenai jalan ceritanya.
Jangan hanya menilai filem tersebut berdasarkan teaser yang dilihat sahaja, perlu pergi wayang dan tonton sendiri jalan ceritanya.
Tiada pun unsur-unsur itu (panas) seperti yang dikatakan. Filem Bisikan Nafsu telah melepasi LPF (Lembaga Penapisan Filem) dan dikategorikan sebagai P14. Filem saya tiada adegan daring yang melampau.
A.Aida berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita Bangsar, Media Prima Berhad, pada Selasa.
Bercerita lanjut, A.Aida menegaskan filem tersebut bukan sekadar mengetengahkan jalan cerita cinta, sebaliknya turut sarat dengan nilai pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh penonton.
Ada juga yang kata filem ini cerita klise. Jalan cerita klise lah yang sebenarnya ramai mahu menonton. Dalam filem ini telah diletakkan subplot yang menarik. Filem ini bermain dengan emosi, air mata, ada juga elemen lucu.
Saya sebagai penerbit, saya akan memastikan setiap karya yang dihasilkan mempunyai objektif. Filem saya ini banyak objektif dan nilai pengajaran yang boleh diambil.
Objektif yang boleh diperoleh di sini adalah pengorbanan dan kesetiaan dalam pasangan bercinta terutama ketika melalui dugaan yang amat berat.
Terdahulu, teaser Bisikan Nafsu yang dikongsikan di media sosial mengundang pelbagai reaksi apabila segelintir netizen menyatakan hasrat untuk memboikot filem berkenaan kerana mendakwa memaparkan adegan panas atau daring.
Bisikan Nafsu yang bakal menerjah pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Oktober dibintangi Azeva dan Aniq Suhair selaku tunjang utama selain dibantu barisan pelakon seperti Zul Huzaim, Aleza Shadan, Raja Azmi, Watie Sadali, Ezzaty Abdullah, Ameng Spring dan Siti Khadijah Halim.
The post [VIDEO] A.Aida Minta Jangan Cepat Hukum ‘Bisikan Nafsu’ – ‘Tiada Adegan Daring Melampau, Banyak Pengajaran’ first appeared on OHBULAN!.





