Penyanyi meningkat naik, Hussain sama sekali tidak terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.
Artikel Berkaitan: Hussain Fokus Keluarga & Kerjaya, Belum Bersedia Untuk Bercinta
Artikel Berkaitan: Dakwaan Pengurus ‘Kekwat’ & Tak Profesional, Hussain Letak Kesalahan Atas Bahu Sendiri – ‘Manager Saya Buat Kerja’
Ramai peminat

Ketika ditemui Hussian atau nama lengkapnya Hussain Jamilul Hayat, 23, berkata, dia terbuka dengan sebarang kritikan yang diberikan dan yakin setiap perkara buruk yang diperkatakan tentangnya tidak akan berlanjutan terlalu lama.
Kalau macam tu, nak buat macam mana bukan? Mulut orang.
Bukan senang kita nak gembirakan semua orang. Contohnya 10 orang suka kita, seorang mesti akan ada seorang takkan suka. Mungkin seorang ni akan hasut sembilan orang yang lain.
Benda-benda jahat Ini pun tak lama, dia akan berubah juga. Jadi kita doakan yang terbaik untuk dia.
Mengakui membaca setiap komen yang diberikan, Hussain bagaimanapun memilih untuk tidak melayan perkata tersebut.
Saya baca tapi saya buat tak tahu je. Saya buat style nonchalant sayalah dan ia tidak mengganggu pun.
Tak ada pun, saya rasa sebab saya dikelilingi dengan orang-orang yang bagus. Saya rasa saya sangat terjaga. Terima kasih kepada team saya.
Peminat-peminat saya pun sangat terkawal.
Hussain berkata demikian ketika ditemui pada Festival Novel Malaysia 2026 yang berlangsung di Karangkraf Shah Alam, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Juara prgram Big Stage X Rocketfuel tersebut menghargai setiap sokongan peminatnya terutama terhadap single baharunya berjudul Takkan Pernah yang sudah mula mendapat sambutan memberangsangkan.
Seronok betul, terima kasih kepada peminat. Mereka strim lagu saya sampai 200k tontonan dah sekarang ni, Alhamdulillah, dalam masa tiga hari sahaja.
Mengulas lanjut, Hussain berkata, dia tidak menjangka akan menerima sokongan luar biasa daripada peminat yang sentiasa hadir di setiap persembahannya.
Saya ada persembahan dekat Segamat dan Pulau Pinang pun mereka datang. Saya pun tak jangka, tapi ni adalah rezeki. Saya cuma buat yang terbaik untuk gembirakan mereka, sahaja itu hasrat saya.
Orang luar sana yang tak ada bapa, bila dia orang tengok saya mereka tumpang kasih sayang. Saya rasa rezeki itu datang dari situ.
The post [VIDEO] Hussain Tak Ambil Pusing Komen Negatif – ‘Dalam 10 Orang Mesti Akan Ada Seorang Tak Suka Kita’ first appeared on OHBULAN!.





