35.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Demi Wangian Hari Bahagia, Noor Nabila & Ameer Aiman Terbang Ke Paris

    Shopee Sale

    Menjelang hari penyatuan mereka hujung tahun ini, usahawan, Noor Nabila dan kekasihnya, Ameer Aiman sanggup terbang ke Paris demi memburu wangian istimewa untuk majlis perkahwinan mereka.

    Artikel Berkaitan: ‘Mood Dia Tak Okay, Saya Bawa Tempat Manis’ – Cara Ameer Aiman Pujuk Noor Nabila Raih Perhatian

    Artikel Berkaitan: Noor Nabila Bakal Kahwin Dengan Ameer Aiman Tahun Ini – ‘Tengah Buat Persiapan’

    Terbang ke Paris

    View this post on Instagram

    A post shared by Noor Nabila (@noornabila)

    Sepanjang beberapa hari di kota cinta itu, mereka memanfaatkan masa melakukan pelbagai persiapan terutamanya memilih wangian eksklusif yang bakal mengabadikan detik indah hari bahagia mereka.

    Nabila mengakui tidak menyangka percutiannya ke Paris bakal membuka ruang untuk bertemu sendiri dengan salah seorang pengasas jenama wangian tersohor antarabangsa, Ex Nihilo, Benoît Verdier.

    Saya tak sangka apabila Verdier sudi mencipta wangian khas untuk hari bahagia saya.

    Lebih istimewa, kami memilih Ex Nihilo Lust In Paradise sebagai asas dan Verdier menambah elemen rosen menggunakan teknologi The Osmologue bagi menghasilkan aroma yang lebih floral, feminin dan romantik.

    Minyak wangi ini adalah satu memori. Saya mahu wangian ini sentiasa mengingatkan saya kepada hari perkahwinan saya walaupun bertahun-tahun selepas itu.

    Pada pertemuan itu, Nabila teruja apabila berpeluang menghasilkan wangian khas bersama Verdier dalam versi ‘one-of-one’, sekali gus menjadikan pengalaman tersebut sebagai satu momen istimewa yang pastinya akan dikenang.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Putus Tunang Sebab RM500, Bukan Mata Duitan Tapi Gila Harta’

    Kata Nabila, dia sudah lama terpikat dengan keunikan aroma Ex Nihilo yang sentiasa menjadi pilihan dalam koleksi wangiannya.

    Ex Nihilo sudah bertapak hampir 13 tahun dan jenama ini memang sentiasa menjadi antara kegemaran.

    Saya memang sukakan wangian dan merancang supaya hari bahagia saya nanti ‘dibaluti’ dengan aroma yang istimewa agar ia menjadi satu memori indah yang boleh dikenang sampai bila-bila.

    The post [VIDEO] Demi Wangian Hari Bahagia, Noor Nabila & Ameer Aiman Terbang Ke Paris first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah