![]()
Kalau haritu kami dah kongsi tentang skrin, design, dan chipset, kali ni, kita nak buat full review Samsung Galaxy S25 Mint!
Samsung Galaxy S25 Mint: Warna Fresh, AI Power & kamera padu! Worth it ke?
Samsung kembali lagi dengan siri flagship terbaru, Galaxy S25, dan antara varian yang paling mencuri perhatian—Mint Green! Bukan saja warnanya aesthetic, tapi spek dalamannya pun makin gempak dengan AI canggih, kamera berkuasa, dan chipset Snapdragon terbaru. Tapi… berbaloi ke untuk upgrade? Jom kita kupas habis-habisan!
Kamera : Ni handphone ke DSLR?
Samsung memang tak main-main bab kamera! Galaxy S25 Mint ni dilengkapi setup 50MP + 12MP Ultra-Wide + 10MP Telephoto.

50MP Main Camera – detail sharp, HDR power!

12MP Ultra-Wide – perfect untuk group photo & scenery!

10MP Telephoto (3x Optical Zoom) – zoom jauh tetap clear!

Night Mode – Sesuai untuk Low Light Photography

Feature kesukaan kami pastinya portrait mode. Macam guna kamera profesional!

Main Genshin Impact, COD Mobile, PUBG? No problem! Semua boleh high settings.
Snapdragon 8 Gen 3 + Dynamic AMOLED 120Hz =
Galaxy S25 Mint ni bukan sekadar skrin cantik, tapi berkuasa juga! Guna Snapdragon 8 Gen 3 for Galaxy, performance memang power untuk multitasking & gaming. Tambah pula dengan Skrin Dynamic Amoled. Kami rasa Samsung S25 memang layak dipanggil King of Mobile Gaming!

Bateri 4,000mAh: Kecil Tapi Tahan Lama!
Ramai risau bila dengar bateri 4,000mAh, tapi Samsung dah optimize dengan One UI 6.1 supaya lebih jimat bateri! Dalam penggunaan harian, memang boleh tahan seharian dengan sekali cas!
- 45W Fast Charging – Cas 30 minit, dah dapat lebih 60%!
- Wireless Charging & Reverse Wireless Charging – Kongsi bateri dengan Galaxy Buds atau phone lain!
Ciri Galaxy AI
Okay ni feature yang paling buat kami semua ‘Mind Blown’. Galaxy S25 ini didatangkan dengan pelbagai features AI terbaru yang sangat cool! Jom kami tunjuk.
Salah satu AI feature yang diperkenalkan ialah ‘Circle to Search’

Korang ada gambar tapi tak tahu itu gambar apa? Bulatkan!
Berminat pada kasut atau beg dalam gambar? Bulatkan!
Dan Galaxy AI akan detect dan buat carian di Google untuk anda. Memang sangat memudahkan kerja!
Samsung Galaxy S25 juga ada AI Performance Boost! Samsung gunakan AI untuk optimize battery life, performance & camera settings secara automatik!

Samsung Galaxy S25 : Flagship terbaik untuk 2025?
Ya! Itu yang kami rasa lepas puas guna Samsung Galaxy S25 ni. Dari kamera, skrin, battery sampai lah ke AI feature. Memang puas hati!
Tapi chuppp! Kami belum habis review Samsung Galaxy S25 ni. Nak tahu AI Feature yang ada pada Galaxy AI dengan lebih mendalam? Nantikan review dari kami.





