33.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, 10 negeri hingga 6 petang

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta 10 negeri hingga 6 petang ini.

    MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Perlis, manakala di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu serta Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang.

    Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar.

    Sementara itu di Kelantan, keadaan sama diramal melanda Jeli dan Tanah Merah, manakala Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

    MENARIK:  Penghantar 13 ekor lembu seludup ditahan di Tumpat

    Amaran sama dikeluarkan bagi Pahang melibatkan kawasan Cameron Highlands, Lipis dan Kuantan dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling).

    Menurut kenyataan itu, keadaan sama dijangka melanda beberapa daerah di Sarawak termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).

    Di Sabah, kawasan diramal terjejas ialah Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah