25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isteri Tamatkan Kerjaya Polis Selepas 20 Tahun Berkhidmat, Mamat Sepah Akui Bukan Keputusan Mudah

    Shopee Sale

    Pelawak, Mamat Sepah memaklumkan bukan sesuatu yang mudah bagi isterinya, Nordiana Ibrahim untuk membuat keputusan menamatkan kerjaya sebagai anggota polis setelah hampir dua dekad berkhidmat.

    Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Terharu Rakan Artis Prihatin, Zizan, Lando Zawawi & Mamat Sepah Antara Hulur Bantuan

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kecam Mamat Menyampuk Syamsul Debat Dalam Podcast – ‘Tak Kena Tempat, Dia Bukan Calang-Calang Jemputan’

    Ambil masa

    Ketika ditemui , pemilik nama Mohd Noor Murad, 39, berkata keputusan itu dibuat untuk memberi fokus kepada perkara lain dalam kehidupan.

    Ia bukan satu keputusan yang mudah. Hampir setahun juga kami berbincang.

    Mohon untuk bersara awal ini lebih kurang empat bulan juga prosesnya kemudian baru diluluskan.

    Kami tiada masalah dengan PDRM cuma kami nak bersara awal kerana mahu memberi fokus kepada perniagaan kami.

    Sementara itu, Mamat tidak menafikan timbul rasa bersalah terhadap keputusan isterinya kerana bimbang dirinya punca kepada perletakan jawatan tersebut.

    Saya yang sedih bila dia beritahu saya yang perletakan jawatan itu diluluskan. Saya rasa bersalah juga.

    Agak sedih tapi saya percaya rezeki Allah SWT yang bagi.

    Buka ruang

    Ketika ditanya sama ada keputusan itu dibuat kerana kejadian penahanan sebelum ini, Mamat mengakui ia membuka ruang untuk isterinya bertindak seperti itu.

    Kejadian itu menjadikan satu permulaan langkah kerana isteri saya memang sudah lama mahu berhenti.

    Apabila terjadinya perkara itu jalan (untuk berhenti) lebih mudah untuk dia berbuat demikian.

    The post Isteri Tamatkan Kerjaya Polis Selepas 20 Tahun Berkhidmat, Mamat Sepah Akui Bukan Keputusan Mudah first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Syed Saddiq Buat Rawatan Lasik, Netizen Seloroh – ‘Muka Pertama YB Tengok Lepas Rawatan Mesti Bella Kan?’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah