Majlis sambutan ulang tahun kelahiran usahawan dan pempengaruh media sosial, Anas Zahrin yang diadakan baru-baru ini mencuri perhatian apabila diraikan dalam sebuah acara persis konsert mini.
Artikel Berkaitan: Jual 1 juta Lipmatte Cosmetics, Anas Zahrin Sumbang RM50,000 Untuk Rakyat Palestin
Mega! Macam konsert

Bertempat di sebuah lokasi di Damansara, Kuala Lumpur, majlis itu menjadi tumpuan apabila diserikan dengan persembahan daripada barisan penyanyi popular seperti Liza Hanim, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera, Datin Alyah dan Amira Othman.
Antara lagu yang disampaikan termasuk Hajat (Hael Husaini), Bukan Lagi Kita (Nadeera), Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah), Kisah Hati (Alyah), Gelisah Mimpi (Liza Hanim) dan Hati-Hati (Amira Othman).
Persembahan daripada barisan penyanyi hebat itu menjadikan majlis berkenaan seakan malam anugerah berprestij.
Menambahkan seri acara, semua tetamu yang hadir tampil anggun dan segak dalam tema serba putih, menjadikan suasana dewan begitu elegan.
Turut memeriahkan majlis dengan kehadiran beberapa figura terkenal termasuk Datuk Seri Aliff Syukri, Wawa Zainal, Aeril Zafrel, Ojen Aiwah dan ramai lagi rakan selebriti serta usahawan.
Lebih istimewa, acara malam itu dikendalikan oleh pengacara dan penyanyi, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom.
Sumber: TikTok
The post Sambutan ‘Birthday’ Anas Zahrin Persis Konsert! Dayang, Hael, Nadeera & Liza Hanim Antara Yang Buat Persembahan first appeared on OHBULAN!.





