25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saharul Ridzwan Mohon Maaf Pada Isteri, Anggap Diri Memaksa Tuntut Hak Sebagai Suami – ‘Perkahwinan Bukan Medan Menuntut’

    Shopee Sale

    Pelakon, Saharul Ridzwan berkongsi momen menyentuh hati apabila dia memohon maaf kepada isteri tercintanya, Qaabila Deena Emir.

    Artikel Berkaitan: Saharul Ridzwan Terpaksa Jual Kereta Milik Isteri – ‘Sayang, Saya Minta Maaf Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Kita’

    Saharul mohon maaf pada isteri

    View this post on Instagram

    A post shared by Saharul Ridzwan (@saharulridzwan)

    Menerusi TikTok, Saharul atau nama lengkapnya Muhammad Saharul Ridzwan Hashim memaklumkan bahawa permohonan maaf itu dibuat kerana menyedari dirinya sedikit ‘memaksa’ dalam menuntut hak sebagai seorang suami.

    Ya, aku minta maaf. Bukan sebab dia salah, tapi sebab aku sedar, malam semalam ada lintasan halus dalam hati sewaktu aku menuntut hak sebagai seorang suami.

    Semalam, aku bercerita tentang hak-hak dalam rumah tangga iaitu tanggungjawab dan adab seorang isteri kepada suami.

    Hak apa? Kesemuanya. Bahawa bila berkahwin, suami patut jadi keutamaan, dahulukan suami.

    Tapi dalam diam, aku sedar, ada lintasan halus dalam hati aku yang ‘Nak’ dan ‘Wajib’ untuk dia tunaikan semua itu.

    Ayat yang selalu dijadikan hujah seorang suami, ‘Suami dulu, you kemudian. (Itu) perintah Allah’.

    Ujar Saharul, dia mula tersentak selepas mengingati pesanan yang diberikan oleh guru agamanya.

    Salah ke? Tak salah pun.

    Cuma, aku teringat pesan ini, ‘Jangan tuntut hakmu pada manusia sedangkan hak Tuhan padamu pun tak terhitung banyaknya dan takkan pernah mampu kau lunaskan’.

    Rumah tangga medan untuk belajar

    Jelas pelakon ‘Hati Perempuan’ ini lagi, rumah tangga bukanlah medan untuk golongan suami menuntut hak semata sebaliknya ia medan buat pasangan untuk belajar dan saling melengkapi.

    Seorang ayah yang penyayang, dia beri keselesaan, kerja siang malam, penat lelah pada anak-anak, tanpa sekalipun dia berharap pulangan dari anaknya. Maka kasih sayang itu akan terbina.

    Begitulah juga pada adab memberi pada isteri, dan begitu juga adab memberi isteri pada suami.

    Rumah tangga ini bukan medan untuk menuntut tapi landasan untuk saling berbakti.

    Tempat kita belajar sabar, belajar memaafkan, belajar melepaskan rasa, ‘aku berhak’, dan belajar penuhkan hati dengan rasa, ‘Aku mahu reda Allah’.

    Di akhir perkongsian, Saharul menyatakan hatinya mula berasa tenang selepas permohonan maaf kepada isterinya itu.

    Dan selepas itu, hati aku tenang. Tiada harapan bahawa semua itu perlu dilaksanakan.

    Yang ada hanyalah, ‘Aku sedia dengan apa sahaja yang Allah akan anugerahkan padaku, dalam tajalli-Nya melalui seorang isteri.’

    Bila hati mula dididik, tiada pengharapan, tiada kebergantungan kepada makhluk, selain dari Allah.

    Sukar, tapi inilah jalannya.

    Sumber: TikTok Saharul Ridzwan

    MENARIK:  Putra Amaris dan Tyzo Bergabung untuk Berkongsi Rezeki Sepanjang Bulan Ramadan

    The post Saharul Ridzwan Mohon Maaf Pada Isteri, Anggap Diri Memaksa Tuntut Hak Sebagai Suami – ‘Perkahwinan Bukan Medan Menuntut’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah