28.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saddiq Bukanlah Pelakon Jadi Semuanya Berlaku Secara Spontan’

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memohon maaf sekiranya ramai yang kurang senang melihat kemesraan yang ditonjolkan bersama ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada ketika ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Paksa Diri Untuk ‘Move On’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah & Syed Saddiq ‘Kunci Mulut’ Dakwaan Sudah Bertunang

    Doa yang terbaik

    Ketika ditemui , pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, berkata dia bersyukur sekiranya ramai yang mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

    Kepada mereka yang selalu nampak saya sering bersama Saddiq, saya minta maaf mungkin ada yang kurang senang tapi itu hanyalah kolaborasi yang kami nak kena selesaikan kerana klien sudah membantu kami dari segi bantuan ke Muar dan Sabah.

    Disebabkan itu, kami kena bagi semula di mana kami perlu buat siaran langsung (live) dan lain-lain.

    Tetapi kalau ada lebih daripada kerja itu doa yang baik-baik.

    Bella berkata demikian ketika ditemui semasa pelancaran lagu terbarunya bersama Ade Govinda, bertajuk Lebih Indah Berpisah di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Didakwa Tiru Budaya Kaum Lain Sebab Pakai Kalungan Bunga, Prince Syed Respon – ‘Kami Mix Arab, Cina & India’

    Semua spontan

    Ketika ditanya sama ada reaksi yang ditunjukkan dalam video bersama Saddiq hanyalah untuk ‘konten’, Bella berkata ia bukanlah sekadar lakonan semata-mata.

    Sebenarnya macam yang semua tahu, Saddiq bukanlah pelakon jadi semuanya berlaku secara spontan.

    Dalam memenuhi kerja klien mereka tidak pernah menekankan untuk tunjukkan lakonan.

    Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak itu berkata dia kurang selesa untuk mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama Saddiq.

    Bila ulas pasal perhubungan ini, saya sebenarnya segan sebab saya seorang wanita dan bukan itu sahaja saya juga ada dua orang anak.

    Nak cakap lebih-lebih pun kurang sopan dan kurang manis untuk diri saya sendiri.

    Apa yang saya boleh cakap hanyalah dia yang baik-baik.

    Saya tahu itu adalah cliche tapi itu adalah yang terbaik.

    Dalam perkembangan lain, Bella kembali dengan single terbaru kolaborasi istimewa bersama komposer dan pemuzik terkenal Indonesia, Ade.

    The post ‘Saddiq Bukanlah Pelakon Jadi Semuanya Berlaku Secara Spontan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah