30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ryzal & Maryam Kongsi Cabaran Dapatkan Sijil Halal, Kena ‘Scam’ RM10,000 Dengan Konsultan

    Shopee Sale

    Pasangan selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae berkongsi cabaran yang terpaksa dilalui untuk mendapatkan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi restoran milik mereka, K Garden.

    Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Ulas Isu Pempengaruh ‘Hamak’ Makan Free – ‘Jangan Guna Nama Influencer Sebagai Tiket Buat Sesuka Hati’

    Scam dengan konsultan

    Ryzal berkata, antara cabarannya adalah pengalaman ditipu oleh konsultan sehingga mengalami kerugian sekitar RM10,000.

    Menurutnya, proses permohonan sijil halal tersebut sebenarnya telah dimulakan sejak tahun lalu, namun berdepan pelbagai masalah yang tidak dijangka.

    Permohonan halal kami sebenarnya dah bermula dari tahun lepas, cuma yang jadi masalah bila konsultan yang kami lantik itu tak buat kerja.

    Bila dia tak buat kerja, ada benda yang sangkut dan akhirnya kami dapati dia juga tidak diiktiraf oleh JAKIM.

    Disebabkan itu, pasangan berkenaan terpaksa menghentikan perkhidmatan konsultan tersebut walaupun sudah membayar kos yang tinggi.

    Kami dah keluarkan hampir RM10,000 untuk bayar konsultan. Bila semak betul-betul, rupa-rupanya kami kena tipu. Dia sendiri tak tahu apa prosedur sebenar JAKIM, sebab itu kami terpaksa mula balik dari awal.

    Menurut Ryzal, apabila proses dimulakan semula, setiap bahan mentah dan menu yang disediakan di restoran perlu mempunyai pengesahan halal.

    Bukan setakat daging, bahan asas seperti garam, sayur atau makanan kering pun kena ada sijil halal yang diiktiraf. Ini bukan soal makanan tu haram atau tidak, tapi JAKIM nak tahu keseluruhan proses penyediaan.

    Bila makanan Korea, proses dia lagi susah. Pembekal daging, siapa hantar, siapa bawa lori pun boleh ditanya.

    Selepas mendapatkan rujukan sah dan berurusan secara terus dengan pihak JAKIM, proses permohonan kali kedua akhirnya berjalan lancar.

    MENARIK:  [VIDEO] Fila Amir & Suami Tak Pilih Jantina Dari Ujian IVF, Bakal Timang ‘Baby Girl’! – ‘Boleh Beli Baju Kembang & Buat Rambut’

    Walaupun tempoh jangkaan awal adalah sekitar tiga bulan, Ryzal berkata keseluruhan proses mengambil masa kira-kira enam bulan.

    Tapi kalau nak banding, banyak restoran Korea lain ambil masa bertahun-tahun. Kami bersyukur dapat selesaikan dalam enam bulan.

    Dalam pada itu, Ryzal turut menjelaskan bahawa JAKIM menjalankan audit menyeluruh ke atas restoran.

    Mereka akan audit dapur, staf ikut prosedur atau tidak, latihan pengendalian makanan, pencahayaan dapur, semua benda diperiksa.

    Kami ada sijil halal dari Indonesia, Korea dan beberapa negara lain, tapi semua itu tetap kena hantar kepada JAKIM untuk semakan.

    Mengambil iktibar dengan apa yang berlaku, Ryzal menasihatkan pengusaha makanan agar lebih berhati-hati dalam melantik konsultan halal.

    Pastikan konsultan itu berdaftar dengan JAKIM. Jangan main ambil sahaja sebab nanti maklumat yang diberi boleh mengelirukan. Jangan bergantung 100 peratus pada konsultan. Kena semak dengan JAKIM supaya kita yakin.

    The post Ryzal & Maryam Kongsi Cabaran Dapatkan Sijil Halal, Kena ‘Scam’ RM10,000 Dengan Konsultan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah