28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rupa-Rupanya Lelaki Pun Boleh Kena Kanser Payudara, Ini Tanda-Tanda Yang Sering Diabaikan

    Shopee Sale

    Ramai menganggap kanser payudara hanya menyerang wanita, sedangkan lelaki juga berisiko walaupun pada kadar yang lebih rendah.

    Artikel Berkaitan: Manfaat Pengambilan Minyak Ikan Untuk Kesihatan & Minda

    Artikel Berkaitan: Bukan Sekadar Bau Busuk Tapi Racun! Ini Kesan Buruk Terhadap Perokok Pasif

    Ketulan kecil bawah puting

    Walaupun kurang daripada satu peratus kes melibatkan lelaki, kadar kematian lebih tinggi akibat tahap kesedaran yang rendah.

    Hal ini kerana kanser payudara lelaki sukar dikesan kerana simptomnya yang jarang disedari, termasuk ketulan kecil di bawah puting atau perubahan pada kulit.

    Justeru, kesedaran awal amat penting bagi meningkatkan keberkesanan rawatan dan menyelamatkan nyawa.

    Secara biologinya, lelaki dan wanita sebenarnya dilahirkan dengan tisu dan sel payudara.

    Walaupun lelaki tidak menghasilkan susu seperti wanita, tisu payudara mereka tetap boleh berisiko menghidap kanser.

    MENARIK:  Was-Was Bilangan Rakaat Semasa Solat: Adakah Batal?

    Perkara ini biasanya dikesan melalui ketulan keras di bawah puting dan areola, jenis yang paling biasa ditemui ialah Infiltrating Ductal Carcinoma (IDC), di mana sel-sel dari saluran payudara mula menyerang tisu sekitarnya.

    Faktor & simptom

    Terdapat beberapa faktor yang meningkatkan risiko lelaki menghidap kanser payudara, antaranya:

    • Usia yang meningkat
    • Pendedahan kepada radiasi
    • Tahap hormon estrogen yang tinggi
    • Sejarah keluarga yang mempunyai kanser payudara, terutamanya berkaitan gen BRCA2
    • Sindrom Klinefelter
    • Penyakit hati
    • Obesiti
    • Masalah pada testikel

    Simptom kanser payudara pada lelaki biasanya mirip dengan wanita, antaranya:

    • Kehadiran ketulan yang tidak menyakitkan
    • Penebalan tisu payudara
    • Perubahan kulit, seperti kemerahan atau kedutan
    • Perubahan pada puting

    Sumber: Hello Doktor

    The post Rupa-Rupanya Lelaki Pun Boleh Kena Kanser Payudara, Ini Tanda-Tanda Yang Sering Diabaikan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah