Kadangkala seseorang boleh tiba-tiba merasa was-was tentang bilangan rakaat yang telah ditunaikan semasa solat, terutama selepas sujud atau ketika bangun dari duduk antara dua sujud.
Artikel Berkaitan: Adab Melintas Di Hadapan Orang Solat: Mengapa Penghalang Saf Itu Penting?
Artikel Berkaitan: Sahkah Solat Jika Dahi Berlapik Telekung Ketika Sujud? Ini Penjelasannya
Pilih rakaat yang paling sedikit

Kekeliruan ini boleh menimbulkan rasa terganggu, namun syarak telah menetapkan panduan untuk menangani perasaan tersebut agar solat tetap sah dan dapat diteruskan dengan tenang.
Menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, perasaan was-was atau ragu-ragu semasa solat tidak membatalkan ibadah.
Sekiranya seseorang itu tidak pasti tentang bilangan rakaat yang telah dilakukannya, maka dia disarankan memilih jumlah rakaat yang paling sedikit.
Misalnya kita ragu-ragu sama ada sudah berada dalam rakaat keempat atau masih pada rakaat ketiga, maka kita perlu memilih rakaat paling sedikit iaitu rakaat ketiga.
Kemudian melengkapkan solat sehingga cukup, dan disunatkan untuk melakukan sujud sahwi setelah membaca tahiyat akhir sebelum salam.
Selain itu, keraguan terhadap kesahan ibadah, sama ada semasa atau selepas solat, tidak menjejaskan solat itu sendiri, kerana hukum tidak boleh dibina atas ragu-ragu, waswas atau sangkaan.
Begitu juga halnya jika seseorang waswas semasa sedang menunaikan solat sebagaimana dijelaskan tadi.
Ini kerana hukum tidak dapat dibina atas dasar ragu-ragu, waswas, syak atau sangkaan.
Perkara ini sejajar dengan firman Allah S.W.T. dalam Surah Yunus, ayat ke-36, yang menjelaskan bahawa sangkaan tidak dapat dijadikan sandaran untuk menentukan sesuatu yang benar.
Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran.
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Selangor
The post Was-Was Bilangan Rakaat Semasa Solat: Adakah Batal? first appeared on OHBULAN!.





