Pelakon, Ruhainies tampil memperjelas kekeliruan orang ramai mengenai cara dirinya menggunakan tasbih digital.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ruhainies Tak Lekang Dengan Tasbih Digital, Bertudung Labuh Hadir Majlis Ilmu
Ikut keselesaan

Menerusi Instagram Story (IGs), pemilik nama Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memaklumkan ramai yang menghantar mesej mempersoal cara dirinya menggunakan tasbih digital.
Tidak melatah, Ruhainies yang kini berada di Dubai menjelaskan bahawa penggunaan tasbih itu bukanlah secara terbalik tetapi ia dipakai mengikut keselesaan dirinya sahaja.
Sejak beberapa hari ini, ramai yang mesej kata saya pakai tasbih ini secara terbalik.
Okay, biar saya tunjukkan kepada anda bagaimana saya menggunakannya.
Setiap kali saya guna, saya akan tekan tasbih digital ini dengan menggunakan ibu jari dari ini dari pandangan (POV) saya.
Mungkin dalam gambar atau video, korang nampak macam saya pakai terbalik tapi sebenarnya tidak.
Berkongsi lanjut, pelakon drama ‘Hello, Mr. Perfect’ memaklumkan tasbih digital tersebut merupakan pemberian daripada kenalannya.
Ada juga yang bertanya mana saya beli tasbih digital ini.
Sebenarnya saya dapat ini daripada seorang kenalan, dia beli dari platform atas talian saja.
Dan untuk hiasan ini pula, saya tempah khas dari sebuah kedai yang terletak di Pavillion, Kuala Lumpur.
Sekadar info, Ruhainies mula menyorot perhatian apabila dilihat sering mengenakan tasbih digital di jarinya.
Ujar Ruhainies, dia sedang dalam misi untuk berselawat sebanyak 1,000 sehari selama 40 hari.
Sumber: IGs Ruhainies
The post Ruhainies Nafi Guna Tasbih Digital Cara Terbalik, Hanya Ikut Keselesaan first appeared on OHBULAN!.





