28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zaki Yamani Hairan Jamal Abdillah Tahu Gosip Dengan Azeva, Pesan Fokus Kerjaya – ‘Rupanya Ayah Dah Pandai Main TikTok’

    Shopee Sale

    Penyanyi Zaki Yamani mengakui bapanya, Datuk Jamal Abdillah, turut mengetahui mengenai gosip yang mengaitkan dirinya dengan anak kepada penerbit Datuk A Aida iaitu Azeva. 

    Artikel Berkaitan: Zaki Yamani Sertai Sony Music Malaysia, Bakal ‘Explore’ Pasaran Serantau – ‘Peluang Ini Langkah Penting Dalam Kerjaya Saya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaki Yamani Tak Keluar Rumah Tanpa Bersedia, Jaga Penampilan Demi Rezeki

    Zaki dan Azeva berkawan baik

    Ketika ditemui , Zaki berkata bapanya sendiri pernah bertanyakan mengenai hubungannya dengan Azeva susulan khabar angin yang bertebaran di media sosial.

    Ayah ada tanya hari itu masa kami berjumpa pada satu persembahan. Dia tanya, ‘Kamu dengan Azeva berkawan ke?’ Saya jawab, ya, kami kawan sahaja.

    Pelantun lagu Akur itu berkata, bapanya tidak mempunyai sebarang halangan terhadap persahabatan mereka, namun menasihatinya supaya memberi fokus terhadap kerjaya.

    Ayah okey je cuma dia pesan fokus pada kerjaya. Tapi saya pelik macam mana dia boleh tahu gosip tu sedangkan sedangkan sebelum ni dia cuma buka WhatsApp sahaja, hantar status, mesej. 

    Bila saya tanya abang, rupanya ayah dah pandai main TikTok.

    Mengulas lanjut mengenai hubungannya dengan Azeva, Zaki menjelaskan bahawa mereka hanyalah sekadar kawan baik dan tidak lebih daripada itu.

    Saya dengan Azeva memang kawan, dia antara rakan wanita artis paling rapat dengan saya. Kami kenal sejak tahun lalu, kami saling mengikuti di media sosial.

    Tahun lepas kami sekadar kenal je tapi tahun ni lebih rapat dan banyak berhubung menerusi mesej dan sebagainya. Sekarang kami berkawan baik.

    Dalam perkembangan lain, Zaki secara rasmi melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya apabila menyertai syarikat rakaman antarabangsa, Sony Music Malaysia.

    MENARIK:  ‘Tiada Siapa Yang Berkahwin Mahu Bercerai’ – Nora Ariffin

    The post Zaki Yamani Hairan Jamal Abdillah Tahu Gosip Dengan Azeva, Pesan Fokus Kerjaya – ‘Rupanya Ayah Dah Pandai Main TikTok’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah