27.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Norman Hakim & Memey Suhaiza Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15 Di Istanbul

    Shopee Sale

    Pasangan selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza memilih Turkiye sebagai destinasi percutian sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-15.

    Artikel Berkaitan: Norman Hakim Ucap Selamat Hari Ibu Buat Abby Abadi & Memey – ‘Saya Hargai Pengorbanan Kalian Buat Anak-Anak’

    Sambut anniversary

    Menerusi hantaran di Instagram, Memey, 38, memberitahu mereka akan bercuti di Istanbul dan Cappadocia untuk meraikan hari istimewa berkenaan.

    Mummy (Memey) dan papa (Norman) bermusafir sekejap ya. Meraikan anniversary kami.

    Mummy macam berat hati nak tinggal anak-anak, tapi suami request nak berdua. Jadi ambil peluang berehat sekejap.

    Istanbul/Cappodocia kami datang ini untuk meraikan hari kami. Salah satu tempat yang saya berangan, alhamdulillah Allah izinkan untuk sampai.

    Dalam perkongsian sama, Memey turut memuat naik beberapa foto bersama Norman ketika berada di lapangan terbang sebelum berlepas ke Turkiye.

    MENARIK:  [VIDEO] Anak Shuib Gembira Dilantik Jadi Duta Kedai Makan Pada Usia 8 Tahun

    Pasangan itu turut kelihatan mengenakan pakaian sedondon selain berkongsi beberapa momen mesra sepanjang perjalanan mereka.

    Untuk rekod, Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata.

    Sumber: Instagram

    The post Norman Hakim & Memey Suhaiza Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-15 Di Istanbul first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah