Pempengaruh Sally Whoo, baru-baru ini berkongsi ulasan terhadap jenama Pizza Mendonia, yang dimiliki oleh usahawan dan personaliti media sosial Cik Epal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Kagum Dengan Sally Whoo – ‘Aura Dia Kuat, Pelapis Pempengaruh Generasi Muda’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sally Whoo Beli Banyak Saiz Baju ‘Baby’ Kembar, Tak Membazir Sebab Akan Diderma
Sally beri rating 7/10

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Sally atau nama lengkapnya Nur Salihah Aimuni Muhammad Azaham memberikan rating 7/10 selepas merasai piza tersebut.
Sally turut berkongsi pandangannya mengenai tiga aspek yang boleh diperbaiki bagi menjadikan rasa piza lebih enak serta mampu menarik lebih ramai pelanggan untuk mencuba.
Aku bagi 7/10, mana lagi 3? Pertama, kena banyakkan sos lagi sikit. Kedua, mngkin lebih keju (Maybe more cheese) dan ketiga Jalapeno kena banyak.
Walaupun begitu, Sally berkata secara keseluruhannya dia berpuas hati dan memuji kualiti premium yang ditawarkan oleh Pizza Mendonia terutamanya pada bahagian inti dan dohnya.
Overall aku suka. Wagyunya terasa, lembut & banyak. Kalau korang pernah makan pizza wagyu dulu zaman mula-mula tu, yes sama.
Its not typical sos yang kau jumpa kt pizza. Doh lembut tak soggy walaupun lala sejam tadi.
Okay ni based on tekak aku.
Terdahulu, kebersihan diri seorang pekerja Cik Epal yang menyediakan Pizza Mendonia untuk pelanggan dipersoalkan.
Menurut perkongsian di Threads, penjagaan diri yang tidak lengkap seperti tidak memotong kuku itu adalah salah satu ciri yang dimiliki oleh orang yang pengotor.
Susulan itu, netizen meluahkan rasa kecewa serta meminta supaya Cik Epal memeriksa semula Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Komen netizen

Sumber: Threads Sally
The post Sally Whoo ‘Review’ Pizza Mendonia Milik Cik Epal, Cadang Lebihkan Sos, Keju & Jalapeno – ‘Aku Bagi 7/10’ first appeared on OHBULAN!.





