Penggunaan botol air plastik sekali guna semakin meluas kerana sifatnya yang ringan, murah dan mudah dibawa ke mana-mana.
Artikel Berkaitan: Petua Halau Semut Tanpa Guna Bahan Kimia
Artikel Berkaitan: Tuala Cepat Berbau Hapak? Ini Cara Penjagaan Yang Betul
Bahan kimia plastik boleh meresap dalam air

Namun, kemudahan ini sering membuatkan ramai terlepas pandang terhadap risiko kesihatan yang mungkin timbul apabila botol plastik digunakan berulang kali kerana terdedah kepada suhu tinggi.
Dalam keadaan tertentu, bahan kimia daripada plastik boleh meresap ke dalam air minuman, terutamanya jika botol tersebut dibiarkan lama dan diisi dengan air panas atau ditinggalkan di tempat panas seperti di dalam kereta.
Antara bahan kimia yang sering dikaitkan dengan botol plastik ialah bisphenol-A (BPA), iaitu sebatian yang digunakan dalam pembuatan pelbagai produk plastik termasuk botol minuman dan bekas makanan.
Apabila botol plastik digunakan berulang kali, khususnya pada suhu tinggi, BPA berpotensi terlepas ke dalam air yang disimpan dan seterusnya meningkatkan risiko pendedahan bahan kimia tersebut kepada tubuh.
Selain isu bahan kimia, pencemaran mikroplastik turut menjadi kebimbangan. Kajian mendapati kebanyakan botol air plastik mengandungi zarah mikroplastik yang terlalu halus untuk dilihat dengan mata kasar.
Zarah ini boleh bercampur ke dalam air minuman dan masuk ke dalam badan apabila diminum secara berterusan, sekali gus menimbulkan persoalan tentang kesan jangka panjang terhadap kesihatan.
Dari segi bahan pembuatannya pula, majoriti botol plastik sekali guna dihasilkan daripada polyethylene terephthalate (PET). Walaupun ianya dianggap selamat untuk kegunaan sekali, ia tidak direka untuk digunakan berulang kali.
Penggunaan berulang kali boleh menyebabkan bahan kimia tertentu daripada botol ini terlepas dan bercampur dengan air minuman, terutama apabila ia telah lama atau kerap digunakan.
Aspek kebersihan juga tidak boleh dipandang ringan. Botol plastik yang digunakan berulang kali sering bersentuhan dengan mulut dan tangan, sememangnya menjadi tempat pembiakan bakteria.
Tambahan pula, bukaan botol yang kecil menyukarkan proses pembersihan secara menyeluruh, menjadikan ianya berisiko tercemar dengan kuman jika tidak dijaga dengan baik.
Sumber: Keluarga
The post Risiko Guna Botol Air Plastik Terhadap Kesihatan first appeared on OHBULAN!.





