31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RichWorks Academy Kini Dengan Misi Baru Untuk Bantu Individu & Usahawan

    Shopee Sale



    RichWorks, yang dikenali sebagai platform bimbingan keusahawanan dan pembangunan diri, kini tampil dengan wajah baru!

    Terbaru, RichWorks International Sdn. Bhd. telah dijenamakan semula sebagai RichWorks Academy Sdn. Bhd. dengan fokus utama pada latihan dan pembangunan individu serta organisasi untuk mencapai kejayaan yang mampan.

    Kenapa penjenamaan semula?

    Menurut Presiden & Pengasas RichWorks Group of Companies, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, langkah ini bukan sekadar perubahan nama tetapi membawa misi untuk membentuk individu dan organisasi yang lebih berdaya saing.

    “Visi kami adalah untuk menjadikan RichWorks Academy sebagai pusat utama dalam kepimpinan, perniagaan, dan transformasi diri. Kami ingin membantu lebih ramai individu mengembangkan potensi mereka dan mencapai kejayaan dalam kehidupan serta kerjaya,” katanya.

    RichWorks Academy akan menawarkan program latihan kepimpinan, asas keusahawanan, transformasi minda, dan pembangunan diri. Sama ada anda seorang usahawan, profesional, atau individu yang ingin meningkatkan keupayaan diri, pelbagai ilmu dan strategi boleh dipelajari di sini.

    Peranan RCG dalam pembangunan PKS

    Bagi perniagaan yang sudah berkembang dan ingin meningkatkan skala operasi, RichWorks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG) akan terus memberi bimbingan perniagaan dan strategi pertumbuhan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

    MENARIK:  Sekali Tengok Macam AI, Rupanya Semua Ni Memang Real!

    Sebagai sebahagian daripada perubahan ini, Transformasi360 akan dianjurkan pada 10 hingga 12 Mei nanti menggantikan program terdahulu seperti IMKK (Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan) dan Nak Ubah Hidup (NUH). Program ini direka khas untuk membantu peserta menguasai potensi diri, kewangan, dan kejayaan dengan strategi yang telah terbukti berkesan.

    “Sama ada anda seorang usahawan, profesional atau individu yang ingin membuat perubahan dalam kehidupan, saya akan membimbing anda dengan ilmu, strategi dan tindakan yang terbukti berkesan,” jelas Azizan.

    Nilai teras RichWorks Academy: ELEVATE

    RichWorks Academy berpegang kepada tujuh elemen utama:

    • Excellence (Kecemerlangan)
    • Learning (Pembelajaran)
    • Empowerment (Pemerkasaan)
    • Vision (Visi)
    • Adaptability (Kebolehsesuaian)
    • Transformation (Transformasi)
    • Ethics (Etika)

    Matlamat utama adalah membantu individu dan PKS untuk berkembang dan mencapai kejayaan.

    Sertai Transformasi360!

    Proses penjenamaan semula ini dijangka selesai menjelang pertengahan tahun ini. Jika korang ingin menjadi antara yang terawal menyertai Transformasi360, jangan lepaskan peluang ini!

    Layari http://www.transformasi360.com sekarang untuk maklumat lanjut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah