33.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PU Riz Hantar LOD Kepada Pemfitnah, Tuntut Pampasan RM1 Juta & Permohonan Maaf Dalam Tempoh 48 Jam

    Shopee Sale

    Peguam yang mewakili pendakwah selebriti, Haris Ismail iaitu Faizal Rahman mengesahkan pihaknya sudah menghantar surat tuntutan (LOD) kepada seorang pengguna Threads berhubung dakwaan kononnya anak guamnya tidak mempunyai tauliah mengajar agama selain dilabel sebagai ‘penunggang agama’.

    Artikel Berkaitan: PU Riz Jawab Dakwaan Tiket Wayang Sebagai ‘Refund’ Pembatalan ‘Meet & Greet’

    Artikel Berkaitan: ‘Janganlah Melampau Menyebut Perihal Seseorang, Tak Perlu Kutuk & Malukan’ – PU Riz

    Hantar LOD

    Menurut Faizal, pihaknya mengemukakan lima tuntutan terhadap individu terbabit termasuk pembayaran pampasan sebanyak RM1 juta susulan dakwaan berkenaan yang disifatkan sebagai satu fitnah serius.

    Label ‘penunggang agama’ ini amat berat. Apabila gelaran tersebut dilemparkan kepada seseorang yang terbukti mempunyai kelayakan dan tauliah mengajar agama, ia merupakan satu fitnah yang serius dalam masyarakat.

    Akaun Threads tersebut mempunyai capaian yang meluas. Sewaktu tindakan diambil, tontonannya mencecah lebih dua juta dan kini sudah mencapai kira-kira 9.2 juta capaian.

    Pihak kami perlu menyekat perkara ini agar fitnah tidak terus berleluasa. Surat tuntutan (LOD) telah diserahkan semalam (Khamis) melalui e-mel dan WhatsApp, dan kedua-duanya telah pun diterima oleh individu berkenaan.

    Faizal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas bersama media yang turut dihadiri PU Riz di pejabat guaman Faizal Rahman & Co, Setapak, pada Jumaat.

    Dalam pada itu, Faizal memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada individu terbabit, malah hantaran yang dipertikaikan itu juga masih belum dipadamkan.

    MENARIK:  ‘Harapkan Bulan & Bintang Tapi Yang Kami Dapat Hanyalah Pagar Makan Padi’ – Kugiran Masdo

    Jelasnya, lima tuntutan berkenaan dikemukakan bagi memastikan individu tersebut bertanggungjawab terhadap dakwaan yang dibuat, selain mengambil kira kesan terhadap reputasi anak guamnya.

    Sehingga kini belum ada sebarang maklum balas dan hantaran tersebut masih belum dipadamkan. Kami menetapkan beberapa syarat termasuk pampasan ganti rugi kerana kerosakan reputasi telah pun berlaku.

    Lima tuntutan yang kami beri adalah untuk menurunkan dan memadamkan hantaran yang dimuat naik, berhenti berkongsi sebarang hantaran berkaitan serta memberi jaminan untuk tidak mengulangi lagi perkongsian seperti ini.

    Selain itu, individu itu juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan sebanyak RM1 juta.

    Terdahulu, timbul kontroversi apabila acara membabitkan Neelofa dan Haris yang dijadualkan berlangsung di Johor pada 24 Oktober lalu dibatalkan.

    Susulan pembatalan itu, syarikat Nunha milik pasangan berkenaan selaku penganjur didakwa menawarkan penebusan semula bayaran peserta bukan dalam bentuk wang tunai, sebaliknya menerusi produk seperti tiket wayang TGV, kredit kedai dan pakaian.

    Perkara tersebut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan peserta serta kecaman netizen, sekali gus membuka ruang kepada pelbagai dakwaan dan salah faham yang tersebar di media sosial.

    The post PU Riz Hantar LOD Kepada Pemfitnah, Tuntut Pampasan RM1 Juta & Permohonan Maaf Dalam Tempoh 48 Jam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah