Usahawan Nur Nilam Ortiz, tampil memberi penjelasan susulan penampilannya kini yang dilihat tidak lagi mengenakan hijab.
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Azlan Komeng & Nilam Kembali Erat – ‘Orang Ketiga Itu Berniat Jahat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nilam Ortiz & Azlan Komeng Berpisah? – ‘Ini Adalah Kegagalan & Ruang Untuk Menjadi Manusia Lebih Baik’
Penampilan Nilam

Menerusi hantaran di TikTok, Nilam dilihat bersama aktor Azlan Komeng sedang berada di sebuah kompleks mahkamah.
Bagaimanapun, penampilan Nilam yang tidak berhijab itu telah mencetus pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di ruangan komen.
Tidak berdiam diri, Nilam menjelaskan bahawa tindakannya untuk tidak memakai hijab buat masa ini adalah kerana faktor kesihatan iaitu dia bakal menempuh dua pembedahan di bahagian kepala.
Terima kasih atas kata-kata, ‘tudung pun terbang’. Ya, betul saya terbangkan tudung saya sementara waktu sehingga saya selesai lagi dua pembedahan di kepala saya.
Tapi insyaAllah, akhlak saya masih terjaga, kata-kata pun masih terjaga daripada mengeluarkan perkataan yang sebegini.
Dalam pada itu, Nilam tetap mengakui khilaf dan memohon agar Allah SWT mempermudahkan setiap urusannya.
Betul, ia salah tapi saya letakkan Allah Maha Mengetahui dan saya mohon Allah memudahkan segala jalan saya.
Saya doakan awak tak sakit macam saya dan ingat, kadang-kadang sekeliling ini adalah ujian untuk kita semua.
Sumber: TikTok
The post ‘Saya Terbangkan Tudung Sementara Waktu Sehingga Selesai Lagi Dua Pembedahan Di Kepala’ – Nilam Ortiz first appeared on OHBULAN!.





