33.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Guna Filter Saja-Saja, Nak Nampak Flawless’ – Rozita Che Wan

    Shopee Sale

    Meskipun sudah memiliki wajah yang cantik, pelakon, Rozita Che Wan mengakui lebih yakin apabila menggunakan filter kerana mahu penampilannya sentiasa kelihatan menarik di hadapan kamera.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan Tak Halang Aaisyah Minat F1 – ‘Tiket Sudah Beli..Dia Nak Mereka Sign Dekat Baju & Topi’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rozita Che Wan Belum Sempat Rasa Masakan Menantu – ‘Saya Tak Kisah Kalau Dia Tak Pandai Masak’

    Filter

    Menjawab mengenai penggunaan filter dalam video yang tular ketika berkunjung ke pasar malam, Rozita, 53, ketika ditemui , berkata dia sekadar menggunakannya untuk kelihatan lebih flawless.

    Malah kata Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, penggunaan filter kini sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ramai.

    Apabila kita letak ‘effect filter’ itu sudah tentu akan ia akan kesan muka orang lain, pada saya okay sahaja cantik berjemaah.

    Saya guna filter itu saja-saja sebab nak nampak flawless. Orang lain guna filter boleh tapi saya tak boleh pula.

    Mengulas mengenai kunjungannya di pasar malam untuk membeli barangan basah, Che Ta mengakui lebih selesa membeli sendiri barangan dapur, khususnya barangan basah bagi memastikan pilihannya menepati kehendak.

    MENARIK:  RichWorks Academy Kini Dengan Misi Baru Untuk Bantu Individu & Usahawan

    Katanya, dia dan suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin mempunyai pembahagian tugas tersendiri apabila melibatkan urusan membeli-belah barangan dapur.

    Kata Che Ta, dia kerap mengunjungi pasar malam setiap Jumaat sehingga dikenali oleh para pekerja di situ.

    Tak puas (kalau orang lain beli) sebab kalau beli sendiri boleh pilih apa yang dimahukan. Pasar malam yang saya pergi itu ibarat Chow Kit yang mempunyai banyak pilihan yang kita jarang jumpa di pasar biasa.

    Barangan runcit yang kering Zain akan beli sebab kebiasaannya orang lelaki mereka akan beli apa yang mereka nampak sahaja. Saya beli barangan basah.

    Saya suka pergi pasar malam di area situ (bukan area rumah untuk cari makanan basah seperti daging dan segala ulam kerana tempat itu besar.

    Terdahulu, Che Ta berkongsi satu video memaparkan dirinya mengunjungi pasar malam bagi membeli barangan basah.

    Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah penggunaan filter yang turut mengubah wajah individu lain dalam video tersebut.

    The post [VIDEO] ‘Guna Filter Saja-Saja, Nak Nampak Flawless’ – Rozita Che Wan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah