34.1 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Diana Danielle Kongsi Pendapat Sebab Ramai Pilih Alasan Tiada Persefahaman Untuk Bercerai

    Shopee Sale

    Pelakon, Diana Danielle berkongsi pandangan bahawa ketiadaan persefahaman antara pasangan sering dijadikan alasan untuk bercerai kerana memudahkan proses perceraian.

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle Kongsi Tips Pilih Bakal Suami – ‘Kalau Dia Memang Nak, Dia Akan Tunjuk’

    Artikel Berkaitan: Diana Danielle Abai Kecaman Foto Dengan Kekasih, Janji Kongsi Berita Bila Nak Kahwin

    Punca penceraian

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata alasan itu sering digunakan bagi mengelakkan proses perceraian menjadi lebih panjang dan rumit.

    Tiada persefahaman membawa maksud proses yang mudah. Beritahu mahkamah bahawa kedua-dua pihak tidak dapat mencapai titik temu atau kedamaian dalam perkahwinan tersebut.

    Yang tinggal hanya pertengkaran dan tekanan mental, sedangkan panjang cerita.

    Diana berkongsi pandangannya susulan seorang individu menyenaraikan tiga alasan utama berlakunya perceraian berdasarkan data daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

    Mengulas lanjut, Diana berkata alasan seperti kecurangan dan sikap pasangan yang tidak bertanggungjawab memerlukan bukti kukuh untuk dikemukakan.

    MENARIK:  Abby Abadi Kesal Bersifat Terlalu Lembut, Kecewa Dengan Norman Hakim – ‘Sebut Nanti Kata Buka Aib’

    Menurut Diana, atas faktor tersebut pasangan yang menggunakan alasan berkenaan perlu melalui saluran lain sekali gus menjadikan proses perceraian tidak mudah.

    Nombor dua iaitu pasangan curang dan nombor tiga, pasangan yang tidak bertanggungjawab tu kena sertakan bukti and ikut saluran lain.

    Tidak semua orang sanggup nak gali segala benda, proses lagi lama.

    Terdahulu, Diana dan bekas suaminya, Farid Kamil berdepan masalah rumah tangga dan mereka bercerai kali pertama pada 10 Ogos 2023. Bagaimanapun, mereka sepakat rujuk ketika di dalam tempoh iddah.

    Pun begitu, Farid dan Diana dilaporkan bercerai buat kali kedua pada bulan March 2025.

    Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

    Sumber: Threads

    The post Diana Danielle Kongsi Pendapat Sebab Ramai Pilih Alasan Tiada Persefahaman Untuk Bercerai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah