32 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja Bawah Umur Rog*l, Bun*h Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun

    Shopee Sale

    Seorang remaja berusia 16 tahun ditahan pohak berkuasa Maghribi selepas disyaki terlibat dalam kes rogol dan pembunuhan.

    Rogol, bunuh

    Gambar sekadar hiasan

    Memetik laporan Morocco World News, suspek yang masih di bawah umur itu didakwa merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di bandar Ksar El-Kebir.

    Difahamkan, tragedi itu terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan mengenai kehilangannya. Tidak lama selepas itu, mayat mangsa ditemui di sebuah kawasan lapang dalam keadaan yang mengerikan, dengan kesan kecederaan parah dipercayai akibat keganasan melampau.

    MENARIK:  [VIDEO] Ina Naim Sah Bergelar Isteri Khairul Rizal, Terima Mas Kahwin RM100

    Susulan daripada laporan yang diterima, pasukan penyiasat daripada Briged Polis Kehakiman berjaya mengenal pasti identiti suspek sebelum melakukan penahanan.

    Hasil siasatan awal mendapati, mereka berdua merupakan jiran dan suspek dipercayai telah memperdaya mangsa sebelum merogol dan menyerangnya hingga menyebabkan kematian.

    Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui punca dan butiran terperinci berhubung kejadian ngeri ini.

    Sumber: Morocco World News

    The post Remaja Bawah Umur Rog*l, Bun*h Kanak-Kanak Berusia 6 Tahun first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah