28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Raya Pertama Orang Akan Serbu Rumah Saya, Dari Pagi Sampai Malam Lebih Kurang 500 Tetamu Datang’ – Aliff Syukri

    Shopee Sale

    Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan menerima kira-kira 500 tetamu pada hari pertama Aidilfitri.

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Dedikasi ‘Ya, Abah Saya Security’ Buat Arwah Bapa – ‘Dulu Saya Malu Dia Kerja Pengawal Keselamatan, Kini Saya Bangga’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Isteri Saya Terlalu Baik, Sempurna & Saya Tak Akan Jumpa Perempuan Macam Dia’ – Aliff Syukri

    Aliff Syukri terima 500 tetamu

    View this post on Instagram

    A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

    Ketika ditemui , pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman memaklumkan bahawa kediamannya itu akan menjadi tumpuan setiap kali perayaan. Malah kebanyakan tetamu yang hadir pada hari raya pertama adalah daripada kalangan saudara-mara.

    Hari raya pertama memang orang akan serbu rumah saya dulu. Daripada pagi sampai malam, lebih kurang 500 orang datang.

    Kadang ipar-duai, biras, kawan-kawan semua datang sekali. Kadang-kadang ada juga yang saya tak kenal pun.

    Hari raya pertama saja saya buka rumah untuk tetamu datang beraya. Hari raya kedua biasanya saya pula pergi beraya rumah orang.

    Aliff berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Brandfilm Raya D’Herbs yang bertajuk ‘Ya, Abang Saya Sekuriti’ bertempat di GSC IOI Mall Damansara, baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Nonny Nadirah Jual Tuala ‘Preloved’, Korang Nak Beli Tak?

    Bercerita lanjut, Aliff berkata kebiasannya pada pertama Syawal dia dan isteri tidak menyediakan banyak juadah yang dimasak sendiri sebaliknya hanya menggunakan khidmat katering.

    Biasanya hari saya pertama, saya hanya masak satu laun sahaja contohnya laksa atau rendang. Yang lain memang saya buat katering sebab tetamu rumah saya terlalu banyak.

    Kalau tidak, mana ank masak, mana nak tengok anak, memang tak sempat. Jadi konsep dia macam datang, salam-salam, makan-makan. Lagi pula, saya tak nak susahkan orang gaji sangat.

    Tetapi apa yang menariknya, Aliff berkata dia lebih selesa untuk tidak memberi duit raya. Sebaliknya, dia akan memberikan barangan jenamanya kepada setiap tetamu yang hadir.

    Saya lain sikit, tak bagi duit raya tetapi saya akan barang-barang buat tetamu saya. Barang-barang itu diibaratkan seperti hadiah dan saguhati buat semua tetamu yang datang.

    The post ‘Raya Pertama Orang Akan Serbu Rumah Saya, Dari Pagi Sampai Malam Lebih Kurang 500 Tetamu Datang’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah