Setiap kali Ramadan tiba, satu perkara yang sering jadi keutamaan ialah memastikan rumah lebih selesa menjelang Syawal. Namun realitinya, nak upgrade rumah bukan perkara kecil. Perlu fikir bajet, komitmen dan masa yang sesuai.
Sebab itu, sempena Ramadan dan Syawal tahun ini, LG Malaysia tampil dengan kempen OHSEM Raya di bawah LG Subscribe
, satu inisiatif yang direka untuk bantu keluarga Malaysia upgrade perkakas rumah pintar dengan cara yang lebih fleksibel dan mudah diurus.
Melalui LG Subscribe
, pelanggan boleh melanggan perkakas rumah pintar premium dengan bayaran bulanan dan selepas tempoh langganan tamat, produk tersebut akan menjadi milik pelanggan.
Ia bukan perkhidmatan sewaan, malah turut hadir dengan manfaat seperti servis penyelenggaraan berkala dan sokongan servis layan diri.
Kempen OHSEM Raya bantu korang upgrade rumah tanpa nipiskan dompet

OHSEM Raya ialah kempen ramadan dan raya oleh LG Malaysia yang direka untuk buat proses upgrade rumah rasa lebih mudah, lebih rewarding dan lebih raya.
Untuk kempen kali ini, ada empat tawaran yang disediakan di bawah OHSEM Raya, khusus untuk mereka yang ingin subscribe produk baharu.
1. Reunion Combo untuk yang nak upgrade lebih dari satu keperluan

Kadang-kadang, satu upgrade tak cukup.
Ada rumah yang perlukan lebih dari satu perubahan serentak, contohnya ruang dapur dan ruang tamu, atau bilik tidur dan ruang laundry.
Melalui Reunion Combo, pelanggan yang subscribe dua produk baharu akan menikmati potongan sebanyak RM10 setiap bulan untuk kedua-dua produk sepanjang tempoh kontrak.
Ini sesuai untuk keluarga yang memang sedang merancang untuk lengkapkan rumah menjelang raya, tetapi mahu buat keputusan dengan lebih yakin.
2. 77% Raya Deals untuk korang yang mahu ‘upgrade’ rumah

Ada orang yang memang suka tunggu musim promo sebab inilah masa terbaik untuk upgrade rumah.
Pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 77% selama tujuh bulan untuk produk terpilih untuk Raya Deals.
Kategori yang terlibat termasuk beberapa keperluan rumah paling popular menjelang raya seperti penulen air, penulen udara, penyedut tanpa wayar, mesin pencuci pinggan, peti ais, mesin basuh dan mesin pengering.
Untuk keluarga yang mahu manfaat besar dalam masa singkat, tawaran ini antara yang paling menarik sepanjang kempen.
3. Raya Refresh untuk rumah yang sentiasa sibuk dengan laundry

Kalau ada satu kawasan rumah yang paling banyak ‘kerja tak habis’, jawapan biasanya adalah laundry.
Lebih-lebih lagi bila masuk Ramadan dan Raya, baju anak-anak bertambah, telekung dan sejadah perlu dibasuh lebih kerap dan bila hujan pula, proses keringkan pakaian jadi lagi mencabar.
Raya Refresh menawarkan potongan bulanan RM45 atau RM65 untuk keseluruhan tempoh langganan bagi produk terpilih dalam kategori mesin basuh pengering.
Ini sesuai untuk keluarga yang mahu persiapan Raya berjalan lancar tanpa perlu risau tentang baju yang lambat kering atau ruang rumah yang jadi sempit sebab jemuran.
4. Hot Deals, Cool Raya untuk rumah yang mahu tidur lebih lena

Cuaca Malaysia memang tidak menentu, tetapi bila masuk musim raya, rumah yang panas dan lembap boleh buat suasana jadi cepat rimas.
Lebih-lebih lagi bila tetamu datang, atau bila semua ahli keluarga berkumpul dalam satu ruang, rumah yang tidak cukup sejuk akan terasa lebih sesak.
Di bawah Hot Deals, Cool Raya, pelanggan yang subscribe produk penghawa dingin terpilih akan menikmati potongan sebanyak RM5 untuk keseluruhan tempoh langganan.
Lebih menarik, pelanggan yang subscribe tiga unit penghawa dingin dalam satu langganan turut akan menerima sebuah penulen udara LG Aero Furniture secara percuma.
Tawaran ini sesuai untuk keluarga yang mahu memastikan setiap ruang utama di rumah kekal nyaman dan dalam masa yang sama menikmati kualiti udara yang lebih bersih sepanjang musim raya.
Kenapa kempen ini sesuai untuk keluarga yang mahukan raya lebih tenang?
Kempen OHSEM Raya ini sebenarnya bukan sekadar tentang tawaran. Ia tentang menyelesaikan masalah yang selalu berulang setiap kali musim raya.
Paling penting, LG Subscribe
bukan perkhidmatan sewaan kerana selepas tempoh langganan selesai, produk akan menjadi milik pelanggan.
Sebab itu, kempen OHSEM Raya oleh LG Malaysia dari 1 Mac – 31 Mac 2026 ini boleh jadi peluang untuk keluarga Malaysia buat persiapan raya dengan cara yang lebih effortless, lebih tersusun dan lebih sesuai dengan gaya hidup moden.
Untuk info lanjut dan semak tawaran yang sedang berlangsung, anda boleh terus ke laman rasmi OHSEM Raya LG Subscribe
.
The post Raya Lebih Mudah Dengan LG Subscribe™? Ini Sebabnya first appeared on OHBULAN!.





