27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki Dedah Siti Nurhaliza Ada Bersama Yasmin Ahmad Ketika Diserang Angin Ahmar 15 Tahun Lalu – ‘Dia Beri Bantuan Pernafasan Pada Yasmin’

    Shopee Sale



    Di aplikasi X, seorang lelaki meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi mengenai kebaikan yang pernah dilakukan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

    Bantu buat CPR untuk Yasmin Ahmad

    Menerusi perkongsian yang dibuat, lelaki yang dikenali sebagai Ooi Beng Cheang itu berkata Siti adalah individu yang berada bersama Allahyarham Yasmin Ahmad ketika pengarah terkenal itu diserang angin ahmar 15 tahun yang lalu.

    Lebih mengagumkan ialah, pelantun ‘Wajah Kekasih’ itu juga sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR) sebelum Yasmin dikejarkan ke hospital.

    Apabila pengarah terkenal Yasmin Ahmad diserang angin ahmar, Siti Nurhaliza membantu memberikan CPR kepadanya.

    Ketika itu, dia berada di dalam bilik yang sama dengan Yasmin namun pengarah itu gagal untuk diselamatkan.

    Beng Cheang berkongsi perkara itu ketika membalas ciapan seorang lagi pengguna aplikasi X mengenai fakta yang tidak diketahui orang ramai mengenai selebriti kegemaran mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Shuib Trauma Rasa Kehilangan, Dedah Kerap ‘Overthinking’ – ‘Bila Watie Cakap Dia Mengandung, Saya Jadi Takut’

    Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika sesi pembentangan idea yang dilakukan di Sri Pentas pada 23 Julai 2009.

    Walau bagaimanapun, Yasmin menghembuskan nafas terakhir selepas mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi sebuah hospital swasta pada 26 Julai 2009.

    Sementara itu, Beng Cheang turut berkongsi pautan ‘link’ berita kejadian itu kepada wargamaya di media sosial.

    Video

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah