28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rancang Tempat Lain & Tak Tahan Lapar Antara Alasan Tertuduh Kes Masak Mi Segera Di Stesen Minyak

    Shopee Sale



    Mi Segera

    Sumber foto: Metro

    Salah seorang tertuduh dalam kes memasak mi segera menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak di Genting Highlands memberitahu mahkamah bahawa mereka merancang untuk memasak di tempat lain namun sudah penuh.

    Tempat lain sudah penuh

    Mi Segera

    Memetik laporan Kosmo, antara yang tertuduh adalah seorang ejen hartanah, Nur Azira Azman, 23; peniaga kedai makan, Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran, 24; pegawai khidmat pelanggan, Nur Fatin Irdina Shahrulnizam, 24, dan pembantu pergigian, Nur Anis Salleh, 24.

    Mengikut kertas pertuduhan, kesemua telah sepakat bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Genting Highlands, kira-kira pukul 1.30 pagi, pada 12 Mei lalu.

    Perbuatan tersebut disifatkan sebagai gopoh kerana telah membahayakan keselamatan dan nyawa orang lain dan dituduh di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama.

    Pada prosiding tersebut, Majistret Nadhratun Naiem Zainan mempersoalkan tindakan yang dilakukan tertuduh tersebut sebelum Fadhli Zil Ikram mengakui kesilapan tersebut dan memberitahu mahkamah pada awalnya mereka merancang untuk memasak di tempat lain namun sudah penuh.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri & Isteri Hadiahkan Porsche Kepada Ammar Ahyan – ‘Solat Jangan Tinggal’ 

    Justeru itu, mereka bertindak memasak di kawasan stesen minyak berkenaan dan beranggapan tempat mereka memasak itu adalah jauh dari ‘nozel’ minyak dan berada di laluan ke tandas.

    Sementara tertuduh kedua, Nur Fatin berkata perbuatan tersebut adalah secara rawak kerana mereka telah lapar tanpa memikirkan bahaya yang timbul di kawasan stesen minyak berkenaan.

    Kesemua tertuduh yang berasal dari Melaka kemudiannya dikenakan hukuman denda RM500.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah