Scammer Malaysia sekarang makin canggih tau! Siap boleh tiru gaya cakap, emoji, dan cara menaip kenalan kita. Itu yang buat ramai rakyat Malaysia tak perasan mereka tengah bercakap dengan penipu yang sebenarnya guna profil palsu.
Isunya, penipuan macam ni makin menjadi-jadi sebab penipu beroperasi merentasi pelbagai platform, stalk media sosial, curi gambar, dan kemudian menyamar melalui WhatsApp. Mangsa pula hanya sedar mereka ditipu selepas duit lesap.
“Guna nickname sama macam kawan sebenar aku.”
Scammer ni kerja dia stalk profil mangsa atau kenalan mangsa. Bila mereka mesej, nada dia memang nampak real, siap guna panggilan yang sama.
“Dia panggil saya dengan nama yang hanya kawan rapat aku tahu. Masa tu memang saya tak syak apa-apa. Rupanya semua tu dia cilok dari Facebook.”
— Danish, 27, mangsa scam pinjam duit

Teknik peniruan identiti ni buat ramai tak sedar mereka sedang bercakap dengan orang asing.
“Ayat terdesak buat saya rasa bersalah kalau tak tolong.”
Ini taktik klasik, tapi digabungkan dengan skrip automasi yang nampak sangat meyakinkan.
“Dia cakap emergency, anak masuk hospital, perlukan duit cepat. Cara dia tulis tu macam tengah panik betul… saya pun panik sama.”
Haa…penipu ni di tahu tau, bila emosi mangsa terganggu, mangsa akan buat keputusan terburu-buru.
“Lepas transfer… terus senyap! Masa tu baru tersedar.”
Ramai mangsa hanya sedar bila mesej tak berbalas atau nombor block.
“Dia hilang terus. Bila saya call kawan sebenar saya, dia cakap dia tak WhatsApp pun. Masa tu baru rasa down dan marah juga lah.”
Ha…inilah tanda bahaya yang perlu kita semua ambil berat. Scammer hari ni bukan bergerak seorang, mereka ada rangkaian. Mereka mungkin stalk mangsa di IG, ambil gambar profil di FB, tapi menyerang melalui WhatsApp.
Gabungan rentas platform macam ni buat penipuan lebih sukar dikesan dan lebih laju merebak.
Inisiatif kesedaran digital semakin penting untuk lindungi pengguna Malaysia!
Penipuan penyamaran seperti ini menunjukkan betapa pentingnya kesedaran awam terhadap teknik penipuan moden. Penipu hari ini bukan lagi beroperasi secara rawak, mereka gunakan automasi, profil palsu dan rangkaian merentasi platform seperti WhatsApp, IG dan FB untuk memanipulasi mangsa.
Dengan kempen keselamatan digital dan inisiatif pendidikan pengguna yang sedang digerakkan oleh pihak berkaitan, rakyat Malaysia kini mempunyai akses kepada maklumat yang lebih jelas tentang:
• bagaimana penipu moden berfungsi,
• kenapa taktik mereka sukar dikesan,
• dan apa langkah perlindungan asas yang semua pengguna patut tahu.
Kesedaran dan pendidikan inilah yang dapat mengurangkan risiko masyarakat termasuk pelajar, pekerja gig, keluarga, pesara dan peniaga kecil daripada menjadi mangsa seterusnya.
Sebelum transfer, semak dulu! Langkah kecil yang boleh elak rugi besar
Lepas ni kalau korang dapat mesej minta pinjam duit, tak kira siapa? Jangan terus percaya. Jangan terus transer dan panik.
Call dulu. Double-verify. Lindungi diri dan komuniti ok! Penipu sekarang licik, tapi kita boleh lagi bijak.
The post Ramai Dah Kena! Penipu Menyamar Kawan di WhatsApp & Minta Pinjam Duit ‘Emergency’ first appeared on OHBULAN!.





