Seorang pelajar perempuan di sekolah Buriram, Thailand cedera selepas ditendang di kerongkong oleh rakan sekelasnya.
Menuntut keadilan
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laporan Thaiger News, ketika kejadian, pelajar lelaki tersebut telah meminta makanan mangsa, namun gadis itu enggan memberi.
Disebabkan berang, budak lelaki itu menendang mangsa di kerongkong dan leher sehingga berlaku pergelutan antara mereka dan menyebabkan baju budak lelaki itu koyak.
Ibu gadis tersebut telah menuntut keadilan kerana menyebabkan anak perempuannya bengkak di bahagian leher, sakit dada dan muntah sehingga perlu dibawa ke dua buah hospital bagi mendapatkan rawatan
Walau bagaimanapun, ibu bapa pelajar lelaki itu hanya menawarkan pampasan sebanyak 2,000 baht (RM266.43) dan menasihatkan keluarga gadis itu untuk mendapatkan tindakan undang-undang jika mereka mahukan lebih.
Pihak sekolah telah menasihatkan ibu bapa untuk berunding secara peribadi, namun ibu bapa mangsa telahpun membuat laporan polis di Balai Polis Chaloem Phrakiat dan menghubungi media kerana bimbang berlaku ketidakadilan.