32.2 C
Kuala Lumpur
Monday, November 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zarif Ghazzi Mahu Keluar Zon Selesa, Terbuka Bawa Pelbagai Karakter – ‘Pecahkan Tembok Stereotaip Masyarakat’

    Shopee Sale

    Pelakon Zarif Ghazzi mahu keluar daripada zon selesa dengan meneroka karakter berbeza bagi membuktikan kemampuan dan versatiliti lakonannya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarif Ghazzi Jaga Kesihatan, Syukur Keputusan Pemeriksaan Normal – ‘Saya Nak Tidur Secukupnya ..’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zarif Ghazzi Terkejut Watak Abbas Raih Perhatian – ‘Saya Bersyukur Capai Ekspektasi Lakonan’

    Ubah stereotaip masyarakat

    Ketika ditemui , pemilik nama Zarif Farahi Effie Ghazzi, 22, mengakui bukan mudah untuk mengubah tanggapan penonton yang sudah terbiasa melihatnya membawakan karakter pelajar sekolah.

    Justeru, dia mahu mengambil peluang untuk membawa karakter lebih dewasa bagi memperlihatkan sisi berbeza dalam mutu lakonannya.

    Tentulah sukar untuk mengubah stereotaip masyarakat lebih-lebih lagi apabila seorang pelakon itu pernah membawakan watak pelajar sekolah.

    Tapi saya cuba ubah pandangan orang dengan membawakan watak yang lebih dewasa contohnya yang berumur dalam lingkungan awal 20-an ke atas.

    Dalam Kudrat 1968 pula saya kembali kepada watak pelajar sekolah dan mungkin nanti saya membawa watak dewasa pula.

    Semua ini saya lakukan supaya penonton melihat kemampuan saya untuk membawa pelbagai watak.

    Zarif berkata demikian ketika ditemui dalam sidang media drama Dua Nyawa di Pavilion Damansara Heights, pada Rabu.

    Dalam pada itu, pelakon drama Cela ini tidak terlalu mementingkan jenis karakter yang ditawarkan, sebaliknya lebih mengutamakan kualiti sesebuah naskhah.

    Saya tidak kisah untuk melakukan pelbagai watak asalkan projek drama atau filem itu berkualiti dan membawa mesej yang baik.

    Itu juga menjadi salah satu cara saya untuk memecahkan tembok stereotaip masyarakat terhadap mutu lakonan saya.

    Berkongsi mengenai populariti selepas membintangi filem Kudrat 1968, Zarif mengakui perhatian yang diterimanya sebagai pelakon turut disertai dengan tanggungjawab yang besar

    MENARIK:  [VIDEO] Dr Zulkifli Mohamad Hadiahkan Buku Buat Fattah Amin & Amira Othman, Netizen Sifatkan Momen Mahal – ‘Selalu Dikelilingi Orang Soleh’

    Tambah Zarif, kerjaya sebagai pelakon turut membawa amanah dan tanggungjawab tersendiri terhadap masyarakat, sama seperti profesion lain.

    Tidak dinafikan populariti yang saya kecapi hari ini didatangkan dengan tanggungjawab yang besar. Ada kalanya, seseorang pelakon itu menidakkan perkara tersebut.

    Menjadi pelakon adalah satu pilihan. Samalah dengan bidang yang lain seperti menjadi juruterbang dan sebagainya.

    Jadi bergelar pelakon sebenarnya ada tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat.

    Untuk rekod, Zarif Ghazzi merupakan antara pelakon yang membintangi drama Dua Nyawa bersama Puteri Balqis dan Jazmy Juma.

    Naskhah arahan Riza Baharudin itu bakal ditayangkan secara eksklusif di platform penstriman iQIYI bermula 13 November 2026.

    The post [VIDEO] Zarif Ghazzi Mahu Keluar Zon Selesa, Terbuka Bawa Pelbagai Karakter – ‘Pecahkan Tembok Stereotaip Masyarakat’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah