32.2 C
Kuala Lumpur
Monday, November 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Iman Troye Serah Ibu Urus Duit, Setiap Bulan Ada Had Belanja – ‘Sejak Umur 16 Tahun …’

    Shopee Sale

    Penyanyi Iman Troye, 24, mempunyai cara tersendiri dalam menguruskan pendapatan hasil kerjaya seninya apabila memilih untuk menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab tersebut kepada ibu sejak mula bekerja.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iman Troye Raih RM2.5 Juta, Diamond Artist XO House – ‘Jung Jung Inai’ Cecah 1.5 Juta Streams

    Artikel Berkaitan: Netizen Terkejut Iman Troye Sanggup Berhabis Lebih RM8k Demi Konsert The Weeknd, Ini Respon Tuan Badan

    Ibu Iman Troye jaga duit

    Bagi Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, kepercayaan yang diberikan kepada ibunya membuatkan dia lebih tenang, selain membantu mengawal perbelanjaan supaya tidak digunakan sesuka hati.

    Malah, amalan itu sudah menjadi kebiasaan sejak usianya 16 tahun dan masih diteruskan sehingga kini.

    Daripada awal saya menyanyi, sejak umur 16 tahun saya sudah bekerja. Dari situlah emak pegang duit saya sampailah sekarang. Semua benda emak yang uruskan.

    Setiap bulan dia akan beri duit belanja. Kalau dia bagi jumlah itu, itulah yang saya perlu gunakan untuk sebulan. Saya tak boleh minta lebih.

    Kalau nak beli apa-apa pun, saya kena minta izin emak dahulu. Sejujurnya saya rasa lebih selamat apabila orang tua kita pegang duit.

    Bagi penyanyi lagu Teman itu, kejayaan yang dikecapi dalam industri hiburan bukan alasan untuk menganggap segala pendapatan sebagai hasil usahanya sendiri.

    Sebaliknya, Iman mahu kedua-dua ibu bapanya turut menikmati hasil penat lelah yang diperoleh sepanjang membina kerjaya seni.

    Saya nak ibu bapa saya rasa duit tersebut juga merupakan milik mereka, bukan duit saya semata-mata. Saya di sini pun disebabkan rezeki dan pengorbanan mereka.

    Iman berkata demikian ketika majlis pembukaan outlet Bayu Somerset di 118 Mall, pada Ahad.

    MENARIK:  Aina Abdul Terkejut, Gembira Dominasi Pencalonan AIM24

    Selesa sokong produk tempatan

    Beralih kepada soal penampilan, Iman turut berkongsi bahawa dia bukanlah seorang yang menjadikan barangan berjenama luar sebagai keutamaan ketika membeli-belah.

    Malah, penyanyi itu lebih banyak memilih produk keluaran tempatan berbanding jenama antarabangsa.

    Saya bukan individu yang terlalu mementingkan jenama. Ada juga satu, dua saya beli ‘brand’ luar, selebihnya memang produk lokal.

    Mengulas lanjut, Iman menyifatkan perkembangan usahawan tempatan yang semakin berani memperluaskan perniagaan sebagai sesuatu yang membanggakan.

    Iman turut berkongsi keterujaan apabila berpeluang menjadi sebahagian daripada majlis pembukaan outlet ke-25 Bayu Somerset, jenama fesyen tempatan yang kini memasuki tahun kelima operasi.

    Saya bangga melihat semakin ramai usahawan tempatan berani membina perniagaan sendiri sekali gus menembusi pasaran luar negara. Diundang memeriahkan pembukaan premis ke-25 Bayu Somerset juga satu kebanggaan buat saya.

    Perkembangan ini turut membuktikan rakyat Malaysia semakin kreatif dan mempunyai keyakinan mengetengahkan jenama sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada produk luar.

    Saya memang suka menyokong produk tempatan. Masing-masing ada kreativiti dan identiti tersendiri, tetapi masih mengekalkan elemen Malaysia serta tradisi kita.

    Dalam perkembangan lain, Iman merancang untuk menghasilkan lagu raya yang akan dimuatkan dalam sebuah album dan dijangka menemui pendengar pada tahun hadapan.

    The post [VIDEO] Iman Troye Serah Ibu Urus Duit, Setiap Bulan Ada Had Belanja – ‘Sejak Umur 16 Tahun …’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah