Pelakon, Datuk Ziela Jalil tampil menjelaskan mengenai penampilannya dalam sebuah podcast yang mengundang kecaman selepas berkongsi tentang kisah hidupnya.
Artikel Berkaitan: ‘Henti Kecam Mama Ziela, Dia Bukan Perampas’ – Anak Tiri Ziela Jalil
Artikel Berkaitan: Ziela Jalil Akhirnya Buka Mulut, Mengaku Dah 2 Tahun Kahwin Dengan ‘Datuk’
Tidak libatkan sesiapa

Ketika ditemui , Ziela, 55, menjelaskan bahawa perkongsiannya itu sekadar berkisar tentang perjalanan hidupnya dan tidak bertujuan menyentuh atau mengaitkan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, Ziela mengakui sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hadir sebagai tetamu dalam podcast berkenaan.
Bila saya dipanggil untuk buat podcast berkongsi mengenai kehidupan saya, saya sebenarnya tak nak sentuh hal siapa-siapa, saya hanya nak kongsi tentang diri saya.
Tapi kalau dah ada orang-orang yang terlibat masuk dalam perjalanan hidup saya, jadi itu yang menjadikan penceritaan itu.
Tapi yelah, biasa kalau bila saya dah setuju untuk buat podcast tu, saya tahu kebaikan dan keburukannya.
Jadi maknanya, macam komen netizen tu saya dah tak hirau.
Kita ini dalam industri, soal cemuhan dan apa sahaja, saya memang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. Yang tak suka saya boleh block, habis cerita.
Ziela berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tahlil Tun Hasmah di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya pada Rabu.
Mengulas mengenai hubungan baik dengan bekas madunya, Puan Sri Faizah, Ziela menyifatkan wanita itu sebagai individu yang sangat dihormatinya.
Memang hubungan saya dengan Puan Seri Faizah memang baik. Cucu kami pun baru saja buat majlis perkahwinan.
Jadi, tiada apa yang tak manis atau tidak elok, saya memang menghormati dia. Saya anggap bahawa takdir yang tertulis tu, benda dah terjadi, suami kita pun sudah tiada.
Jadi, kebaikan itu yang kita kenang. Bila saya baca komen-komen daripada bekas pelajar dia, semua setuju, memang tahu dia seorang yang mempunyai peribadian yang mulia.
Terdahulu, Ziela menyorot tumpuan di media sosial apabila dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan tentang bekas madunya malah turut mengambil kesempatan memohon maaf kepadanya.
The post [VIDEO] Ziela Jalil Perjelas Isu Podcast – ‘Saya Tidak Mahu Sentuh Hal Sesiapa…’ first appeared on OHBULAN!.





