28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, November 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tidak Perlu Beli Kad SIM, Tune Talk Tawar Penyelesaian Mudah Buat Jemaah Haji Dan Umrah

    Shopee Sale

    Bagi seorang Muslim, peluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji atau umrah sememangnya antara wishlist ramai.

    Perasaan sebak, teruja dan bersyukur bercampur baur sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari lapangan terbang di Arab Saudi memang tidak terkata.

    Namun dalam kegembiraan itu, perkara pertama yang berlegar di fikiran jemaah mahupun keluarga tercinta di tanah air tentulah soal keselamatan dan khabar berita.

    “Dah selamat sampai ke?” atau “Sihat ke keadaan di sana?”.

    Maklumlah, baru je mendarat, soalan-soalan inilah yang berulang kali ditanya oleh ibu bapa, pasangan dan anak-anak di kampung.

    Kekal berhubung bukan lagi sekadar satu kehendak, tetapi satu keperluan penting demi ketenangan jiwa jemaah serta doa berterusan daripada keluarga tercinta.

    Tak perlu pening fikir kos dan beratur panjang beli SIM card!

    Realitinya, persediaan menjejakkan kaki ke luar negara selalunya memerlukan kos tambahan yang perlu diambil kira. 

    Bila sampai di sana, jemaah biasanya terpaksa berbelanja secara purata sekitar RM120 hingga RM180 semata-mata untuk membeli pas roaming atau kad SIM fizikal di lapangan terbang Saudi. 

    Belum lagi memikirkan soal beratur panjang selepas penerbangan yang jauh, mengeluarkan kad SIM asal dan membuat tetapan telefon sebelum boleh menggunakan data.

    Dalam keadaan badan masih keletihan, perkara kecil seperti ini pun boleh menjadi satu lagi urusan yang perlu diselesaikan, sedangkan waktu awal di Tanah Suci sepatutnya diisi dengan ketenangan dan persediaan untuk beribadah.

    Momen awal yang sepatutnya diisi dengan ketenangan ibadah boleh terganggu disebabkan isu teknikal yang merumitkan.

    Penyelesaian mudah daripada Tune Talk

    Memahami nilai detik suci ini, Tune Talk hadir membawakan inisiatif Istimewa Untuk Para Jemaah melalui penawaran E-perayauan percuma di Arab Saudi.

    Inisiatif ini membolehkan pelanggan yang layak memanfaatkan kuota data tempatan sedia ada terus di Tanah Suci tanpa perlu mengeluarkan kos berasingan atau melepaskan kad SIM fizikal asal..

    Sambungan data akan berjalan secara automatik sebaik sahaja korang mendarat.

    Menerusi ciri Roam as Home, pelanggan boleh menggunakan kuota data daripada pelan tempatan mereka ketika berada di luar negara, tertakluk kepada terma dan kelayakan pelan masing-masing.

    MENARIK:  Alicia Amin Pegang Prinsip Bayaran Perlu Setimpal Dengan Komitmen Kerja

    Lebih memudahkan, sambungan data boleh digunakan sebaik sahaja jemaah tiba, tanpa perlu melalui proses pembelian SIM atau tetapan yang rumit.

    Buka sahaja telefon, korang terus boleh membuat panggilan video untuk berkongsi suasana indah di hadapan Kaabah serta mengabarkan berita terkini kepada keluarga di Malaysia dengan penuh rasa tenang.

    Bukan Arab Saudi Sahaja, Destinasi Lain Pun Boleh!

    Menariknya, kemudahan Global E-Roaming Tune Talk bukan terhad kepada perjalanan ibadah di Arab Saudi sahaja.

    Bagi korang yang gemar melancong ke destinasi popular seperti Thailand, Indonesia dan Singapura, kemudahan e-roaming turut membantu memudahkan urusan kekal berhubung ketika berada di luar negara.

    Tak perlu pening fikir nak beli SIM tempatan setiap kali bercuti, bergantung kepada tawaran dan kelayakan pelan yang digunakan.

    Siapa yang layak nikmati tawaran ni?

    Tawaran 1 Bulan E-Roaming Percuma di Arab Saudi ini dibawakan khas untuk pelanggan Tune Talk warganegara Malaysia (pemegang MyKad) yang memenuhi kriteria berikut:

    • Layak terus: Pelanggan pelan Epik+ 50, Epik+ Family, dan Epik+ Family Safe.
    • Ganjaran kesetiaan: Pelanggan pelan Epik+ 35 dan Epik+ 28 yang telah melanggan melebihi 6 bulan.

    Bagaimana pula dengan pelanggan pelan lain?

    Jangan risau, korang masih boleh menikmati kemudahan ini dengan menambah pas E-Roaming secara terus dan pantas melalui Aplikasi Tune Talk.

    Fokus ibadah tanpa risau terputus hubungan

    Dengan adanya perkhidmatan daripada Tune Talk ini, perjalanan ibadah Haji dan Umrah korang kini menjadi lebih lancar dan berharga.

    Penjimatan RM120 hingga RM180 yang diperoleh boleh dimanfaatkan untuk persediaan ibadah yang lain manakala kemudahan sambungan data pula membolehkan korang terus berhubung tanpa menambah kerumitan kepada perjalanan. 

    Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang ini untuk kekal berhubung dengan insan tersayang sepanjang berada di Makkah dan Madinah!

    Untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan panduan perkhidmatan, layari laman rasmi Tune Talk Umrah dan Haji dengan klik di SINI.

    Semoga ibadah korang mendapat keberkatan dan dipermudah dari awal hingga akhir!

    The post Tidak Perlu Beli Kad SIM, Tune Talk Tawar Penyelesaian Mudah Buat Jemaah Haji Dan Umrah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah