28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, November 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zahirah MacWilson Menangis Mohon Maaf – ‘Saya Benar-Benar Kesal Atas Kejahilan Saya’

    Shopee Sale

    Pelakon, Zahirah MacWilson sekali lagi membuat permohonan maaf susulan perkongsiannya mengenai sambutan Halloween, Krismas dan Easter yang mengundang rasa kurang senang komuniti Kristan.

    Artikel Berkaitan: Zahirah MacWilson Mohon Maaf Persoal Kepercayaan Penganut Agama Lain – ‘Tiada Niat Singgung Perasaan Sesiapa’

    Zahirah Macwilson mohon maaf

    View this post on Instagram

    A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson)

    Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, pemilik nama Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, dilihat sebak dan mengalirkan air mata ketika tampil memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

    Mengulas lanjut, Zahirah menegaskan dia tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak sebelum mengambil keputusan memadam hantaran tersebut selepas menyedari ia boleh mengguris hati orang lain.

    Tidak lama selepas saya memuat naik hantaran itu pagi semalam, saya menerima satu atau dua mesej peribadi dalam tempoh sejam. Saya terus memadamkannya kerana sedar hantaran itu boleh menyinggung perasaan orang lain, sedangkan perkara tersebut bukanlah niat saya.

    Saya mengakui telah menyamakan tiga sambutan yang berbeza tanpa berfikir panjang. Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya sama sekali tidak berniat melabelkan sambutan suci seperti Krismas dan Easter sebagai sesuatu yang bersifat syaitan atau jahat.

    Saya sangat menghormati kepelbagaian budaya, agama dan kepercayaan yang menjadikan masyarakat kita begitu indah.

    Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza kini mengakui kenyataannya sebelum ini tidak sepatutnya dikeluarkan, lebih-lebih lagi apabila menyentuh perkara berkaitan kepercayaan agama lain.

    Saya sedar kenyataan saya itu tidak tepat, tidak sensitif terhadap budaya dan langsung tidak sepatutnya dibuat.

    Sebagai seorang figura awam, saya sepatutnya lebih berhati-hati dengan setiap perkara yang diperkatakan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama dan tradisi.

    Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang telah saya katakan dan saya benar-benar kesal atas kejahilan saya.

    Pelakon drama Sumpah Ayahku ini berkata, dia akan menjadikan perkara yang berlaku sebagai pengajaran, selain mengambil setiap teguran sebagai ruang untuk memperbaiki diri dan bermuhasabah.

    Saya akan berusaha untuk mendengar, belajar dan muhasabah diri supaya dapat menjadi individu yang lebih baik.

    Dan saya berterima kasih kepada semua yang telah membetulkan saya, semua yang menghantar mesej kepada saya, sama ada positif mahupun negatif. Terima kasih banyak, saya terima semuanya.

    Sekali lagi, saya benar-benar minta maaf atas kenyataan tersebut dan ini merupakan satu pengajaran yang sangat besar buat saya.

    Terdahulu, Zahirah mencetuskan kontroversi selepas berkongsi pandangan mengenai sambutan beberapa perayaan termasuk Krismas, Easter dan Halloween yang disifatkannya sebagai sukar difahami.

    MENARIK:  Rakan Sekelas Ditendang Pelajar Perempuan di Kerongkong dan Leher Kerana Enggan Berkongsi Makanan

    Malah, dia turut mempersoalkan beberapa amalan sepanjang sambutan tersebut, antaranya kanak-kanak mengenakan kostum tertentu, meminta gula-gula atau coklat serta duduk di atas pangkuan lelaki lebih berusia.

    Perkongsian itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menyifatkan kenyataan Zahirah sebagai tidak sensitif kerana menyentuh amalan dan kepercayaan penganut agama lain.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Zahirah MacWilson Menangis Mohon Maaf – ‘Saya Benar-Benar Kesal Atas Kejahilan Saya’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah