25 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu Minta ‘Sponsor’ Makanan Di Set Penggambaran, Zul Huzaimy Percaya Erma Fatima Niat Baik Mahu Bantu Peniaga

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengarah, Zul Huzaimy berharap isu penerbit serta pihak produksi yang memohon tajaan bagi menampung kos penggambaran tidak dipandang serong sehingga menjadi bahan kecaman netizen.

    Artikel Berkaitan: Bukan Anak Emas! Walau Lama Berkawan, Zul Huzaimy Tak Terima Semua Tawaran A. Aida

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Bajet Tak Cukup, Saya Tak Panggil Rakan Pelakon Senior…Tak Mahu Letak Harga Rendah’ – Zul Huzaimy

    Peluang kepada peniaga

    Zul Huzaimy atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 47, berkata, dia sendiri terbuka menerima tawaran tajaan daripada peniaga yang berminat menyumbangkan produk atau makanan untuk produksi drama arahannya.

    Menurutnya, kerjasama berkenaan bukan sekadar memberi manfaat kepada pihak produksi, malah membuka ruang untuk membantu mempromosikan perniagaan penaja selain menjalinkan hubungan persahabatan.

    Kalau ada orang mahu menaja produk atau makanan untuk produksi dan kita pula akan cuba membantu mereka semula. Win win situation untuk dua-dua pihak.

    Maksudnya, apabila seseorang sudah membantu produksi, dapat mengurangkan kos makanan sepanjang beberapa hari dan sudah tentu sumbangan itu sangat bermakna.

    Kalau seorang makan pun sudah membabitkan perbelanjaan sekitar RM30 hingga RM35, bayangkan kalau membabitkan seramai 30 hingga 40 orang, jumlah perbelanjaannya sudah tentu besar.

    Jadi sumbangan penaja itu mungkin sudah mencecah ribuan ringgit. Jadi, apa salahnya kita sebagai produksi turut membantu pihak yang menaja itu pula?

    Zul berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pink Promises 2026, Kesedaran Kanser Payudara dan Inisiatif Kesihatan Mental serta pelancaran Anre Wellness anjuran Darla Club yang berlangsung di Ampang, pada Sabtu.

    MENARIK:  Izara Aishah Selar ‘Influencer’ Biadab – ‘Jeling Dekat Orang, Sangat Kurang Ajar & Rasa Diri Tu Tinggi’

    Mengulas lanjut, Zul berkata peluang menaja sesebuah produksi sebenarnya memberi ruang kepada peniaga untuk memperkenalkan perniagaan mereka serta berkenalan dengan individu dalam industri hiburan.

    Kalau benar seseorang itu menjalankan perniagaan, sudah tentu dia mahu mendapat peluang seperti itu. Siapa yang tidak mahu berkenalan dengan pengarah dan penerbit terkenal Erma Fatima?

    Orang sanggup melakukan pelbagai perkara untuk berkawan dengan selebriti. Tidak kiralah dia pempengaruh, pelakon atau penyanyi. Mereka tentu seronok mendapat peluang sebegitu.

    Kak Emma mempunyai niat yang baik. Dia mahu membantu peniaga dan mengharapkan sokongan secara timbal balik. Itu juga satu bentuk bantuan yang sangat besar kepada peniaga berkenaan.

    Tambahan pula, kak Emma bukan bersendirian kerana ada ramai lagi pelakon lain di sekelilingnya. Bayangkan, hanya dengan meletakkan logo untuk tempoh yang singkat pun, dapat membantu mempromosikan perniagaan.

    Terdahulu, pengarah dan penerbit, Erma Fatima menerusi satu hantaran di Threads memohon tajaan makanan daripada peniaga sekitar Kuala Terengganu bagi menjayakan penggambaran filem terbaharunya, Langit 2 Warna.

    Hantaran tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, termasuk pihak yang mempersoalkan tindakan produksi meminta tajaan.

    The post Isu Minta ‘Sponsor’ Makanan Di Set Penggambaran, Zul Huzaimy Percaya Erma Fatima Niat Baik Mahu Bantu Peniaga first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah