28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, November 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Norman Hakim Kongsi Persiapan Perkahwinan Anak Sulung – ‘Pengalaman Pertama Saya Sebagai Bapa’

    Shopee Sale

    Pelakon, Norman Hakim berkongsi perkembangan terkini persiapan perkahwinan anak sulungnya, Danish Hakim yang bakal melangkah ke alam rumah tangga.

    Artikel Berkaitan: Norman Hakim & Memey Suhaiza Bawa ‘Team’ Tunai Umrah – ‘Ini Merupakan Tahun Kedua…’

    Artikel Berkaitan: Abby Abadi Nafi Belum ‘Move On’ Dengan Norman Hakim, Kenyataan ‘Mama Meninggal Jangan Datang’ Dituju Kepada Semua Anak

    Buat sederhana sahaja

    View this post on Instagram

    A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤ (@normanhakim_786)

    Menerusi perkongsian di Instagram, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon berkata, persiapan perkahwinan anak sulungnya itu merupakan pengalaman pertama buat dirinya sebagai seorang bapa.

    Jelasnya, majlis di sebelah keluarganya di Kuala Lumpur akan diadakan secara sederhana dengan menjemput keluarga, sahabat handai serta anak-anak yatim dan tahfiz di bawah jagaannya.

    Majlis di Kuala Lumpur sebelah saya ini, saya buat sederhana sahaja.

    Jemputan terdiri daripada keluarga, anak-anak yatim dan tahfiz di bawah jagaan saya, sahabat perniagaan serta rakan-rakan agensi kerajaan dan swasta yang banyak membantu selama ini.

    Pengalaman pertama sebagai bapa bergandingan dengan putera sulung saya urus hal kahwin.

    Selain khidmat perancang perkahwinan, saya turut meminta isteri dan anak-anak perempuan untuk sama-sama membantu serta memberikan sokongan dalam fasa ketiga ini.

    Dalam pada itu, Norman turut berkongsi keadaan isterinya, Memey Suhaiza yang masih bersedih selepas pemergian ibu tercinta.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Sampai Hari Ini Orang Panggil Saya Mat Rempit, Tapi Sebenarnya Saya Takut Bawa Motor’ – Shaheizy Sam

    Norman turut berharap agar segala urusan persiapan perkahwinan Danish berjalan lancar dan keluarganya diberikan kekuatan untuk menghadapi setiap dugaan.

    Saya perlu memastikan mummy sentiasa sibuk kerana keadaannya masih rapuh sejak pemergian ibu.

    Kalau ada ruang sunyi, dia akan cepat emosi dan menangis. In shaa Allah, dia memerlukan sedikit masa untuk kembali pulih.

    Apa jua ujian yang hadir, kehidupan dan perjuangan tetap perlu diteruskan. Kita berusaha sebaik mungkin, bersangka baik dengan ketentuan Allah dan bertawakal kepadaNya.

    Semoga setiap urusan persiapan majlis ini dipermudahkan, diberkati dan menjadi kenangan indah buat seluruh keluarga.

    Untuk rekod, Norman mendirikan rumah tangga dengan Memey atau Suhaiza Suhaimi, 38, pada September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 13, Muhammad Dikhriz Hakim, 11, dan Mikayla Delisha Hakim, 8.

    Sebelum itu, Norman pernah bernikah dengan Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 49, pada 2002 namun pasangan itu bercerai pada 2009.

    Selain Danish, hasil perkahwinan tersebut mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marissa Dania Hakim, 21, dan Danisha Hakim, 18.

    Sumber: Instagram

    The post [VIDEO] Norman Hakim Kongsi Persiapan Perkahwinan Anak Sulung – ‘Pengalaman Pertama Saya Sebagai Bapa’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah