34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rahsia Nutrisi Ikan Salmon Untuk Si Bayi, Bantu Pertumbuhan Otak & Menyokong Tumbesaran

    Shopee Sale

    Ikan salmon bukan sahaja terkenal dengan rasanya yang enak, tetapi ianya kaya dengan nutrien penting yang menyokong perkembangan bayi.

    Artikel Berkaitan: Nak Tubuh Sihat? Amalkan Makan Epal Hijau, Kaya Dengan Pelbagai Nutrien!

    Artikel Berkaitan: Bantu Tingkatkan Kesuburan Lelaki & Wanita, Ini Antara Khasiat Madu Yang Ramai Tak Tahu

    Tumbesaran yang sihat

    Sumber protein berkualiti tinggi seperti asid lemak Omega-3, vitamin D, dan mineral seperti kalsium dan zat besi dalam salmon membantu pertumbuhan otak, penglihatan, dan sistem imun bayi.

    Pengambilan ikan salmon dalam diet bayi secara berperingkat adalah cara semula jadi untuk memastikan si kecil mendapat nutrisi lengkap dan menyokong tumbesaran yang sihat.

    Salah satu kelebihan utama ikan salmon ialah kandungan Omega-3 yang tinggi, khususnya Docosahexaenoic Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA).

    Kandungan DHA berperanan penting dalam pembentukan sel otak dan retina bayi, manakala EPA membantu memastikan peredaran darah berjalan dengan lancar agar nutrien dapat disalurkan dengan optimum.

    Nutrien ini bukan sahaja menyokong perkembangan sistem saraf dan otak bayi, tetapi juga membantu mengurangkan risiko kelahiran bayi pramatang dan menyokong perkembangan kognitif sejak dalam kandungan.

    Dengan kata lain, pengambilan ikan salmon semasa hamil merupakan pelaburan nutrisi yang berharga untuk minda sihat dan cerdas bayi.

    MENARIK:  Gabungan Warisan, Kemajuan & Keunikan Malaysia! Ini Makna Disebalik Logo VM2026

    Salmon rendah merkuri

    Selain kaya dengan khasiat Omega-3, ikan salmon juga tergolong dalam ikan rendah merkuri, menjadikannya pilihan selamat untuk ibu hamil tanpa menjejaskan perkembangan bayi.

    Ikan salmon kaya dengan kandungan protein berkualiti tinggi yang menyokong pembinaan otot, tisu, dan organ bayi, serta mengekalkan tenaga ibu sepanjang kehamilan.

    Vitamin D yang terkandung di dalamnya membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat, memperbaiki penyerapan kalsium, dan meningkatkan sistem imun.

    Tambahan pula, iodin dalam salmon penting untuk perkembangan otak dan fungsi hormon tiroid bayi. Kekurangan iodin boleh menjejaskan tahap kecerdikan anak pada masa hadapan.

    Bagi ibu hamil, disyorkan mengambil ikan salmon sebanyak dua hingga tiga hidangan seminggu, bersamaan anggaran 350 gram, mengikut keperluan individu.

    Elakkan pengambilan ikan salmon mentah seperti dalam sushi. Pilihan yang lebih selamat adalah salmon yang dipanggang, dikukus, direbus, atau dibakar dengan sedikit minyak, supaya semua nutrien dapat dinikmati tanpa risiko.

    Sumber: Kuali

    The post Rahsia Nutrisi Ikan Salmon Untuk Si Bayi, Bantu Pertumbuhan Otak & Menyokong Tumbesaran first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah