
Pelakon Qi Razali selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Wardah, dalam sebuah majlis yang berlangsung pada Ahad.
Tahniah!

Berita gembira itu dikongsikan oleh personaliti televisyen, Fedtri Yahya, yang juga bertindak selaku pengacara pada majlis perkahwinan pasangan tersebut.
Difahamkan, majlis penuh meriah itu diadakan di lokasi eksklusif Bagas Zakariah, yang terletak di Gopeng, Perak.
Dalam beberapa foto yang dikongsikan di media sosial, Qi yang kini berusia 48 tahun, kelihatan segak mengenakan baju Melayu berwarna putih. Pasangannya, Wardah pula tampil anggun dalam busana sedondon putih.
Lebih menarik, Wardah yang juga merupakan seorang jurusolek, memilih untuk menyolek dirinya sendiri pada hari bermakna itu.
Disebabkan pengantin perempuan seorang jurusolek, jadi dia solekkan dirinya sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat Qi dan isteri. Mereka turut menitipkan doa agar rumah tangga pasangan ini dirahmati dan kekal hingga ke syurga.





