34.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Adi Priyo Umum ‘Hiatus’ Daripada 6ixth Sense, Fokus Projek Solo

    Shopee Sale

    Vokalis utama kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo mengumumkan keputusan untuk berehat daripada kumpulan itu selepas konsert yang bakal berlangsung pada Januari tahun hadapan.

    Artikel Berkaitan: 6ixth Sense Muncul Dengan Konsert Solo Bersempena Dua Dekad Mengukir Nama Dalam Industri

    ‘Hiatus’ dari 6ixth Sense

    Ketika ditemui , Adi, berkata, keputusan tersebut sebenarnya sudah dirancang lebih awal sebelum perancangan untuk mengadakan konsert berkenaan.

    Tambah Adi, dia mempunyai komitmen bersama label lain serta beberapa projek muzik yang sedang diusahakan selain memilih untuk fokus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada dua orang cahaya matanya.

    Saya sebenarnya dah rancang perkara ini untuk diri sendiri sebelum 6ixth Sense buat konsert ini lagi. Saya ada kontrak dengan label lain dan tak mahu komitmen bertindih selepas mereka melaburkan wang.

    Dari awal saya dah beritahu 6ixth Sense supaya berehat dulu. Saya ada projek solo, ada kumpulan lain yang saya tidak menyanyi tetapi menjadi pemuzik dan beberapa artis yang saya terbitkan.

    Sekarang saya juga seorang bapa, kena hantar anak ke sekolah. Banyak masa saya sudah terbahagi dan agak susah nak susun jadual.

    Apabila dapat tawaran ini, kami setuju buat, tetapi ini yang terakhir sebelum betul-betul berehat.

    Adi berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Konsert 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu yang berlangsung di Perdana Hotel Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  Ellie Suriaty Terbuka Hati Untuk Kahwin Lagi – ‘Saya Suka Alam Perkahwinan’

    Mengulas lanjut, Adi menjelaskan perjalanan berkarya bersama 6ixth Sense memerlukan persetujuan semua anggota kumpulan, berbeza dengan projek solo yang memberinya lebih kebebasan.

    Dengan 6ixth Sense, karya kena mendapat persetujuan semua. Kena atas kesepakatan lima orang.

    Saya pemuzik sepenuh masa, mereka pula ada kerja masing-masing. Kalau solo, saya lebih bebas berkarya ikut apa yang saya nak dan lebih cepat.

    Kalau dengan kumpulan, kena tunggu masa masing-masing. Perkara itu membuatkan perjalanan saya agak perlahan sedikit.

    Bagaimanapun, keputusan untuk berehat itu bukan bermakna Adi menutup terus perjalanan seninya bersama 6ixth Sense, sebaliknya dia mahu memberi ruang untuk menguruskan pelbagai tanggungjawab dan meneruskan projek muzik yang lain.

    The post [VIDEO] Adi Priyo Umum ‘Hiatus’ Daripada 6ixth Sense, Fokus Projek Solo first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah