Paling Viral Online 2.0 (OBPVO) kini kembali pada edisi kedua dan dengan sembilan kategori dipertandingkan termasuk pencalonan bagi Pelakon Paling Viral.
Artikel Berkaitan: Paling Viral Online 2.0 Kembali Lagi! Sembilan Kategori Jadi Rebutan
15 calon berentap

Tahun ini menyaksikan lebih ramai pencalonan di mana 15 orang pelakon telah disenaraikan bagi kategori ini.
Dicalonkan berdasarkan bakat, kredibiliti dan impak yang ditampilkan dalam industri hiburan, para pelakon ini berjaya mencuri perhatian menerusi lakonan serta karya yang mendapat sambutan peminat.
Keupayaan mereka menghidupkan pelbagai watak dan mencetuskan perhatian dalam kalangan peminat menjadikan nama mereka antara yang layak diberi pengiktirafan dalam Paling Viral Online 2.0.
Berikut antara calon-calonnya:
- Amir Ahnaf
- Jazmy Juma
- Aedy Ashraf
- Yusry Abdul Halim
- Rosyam Nor
- Tracie Sinidol
- Zara Zya
- Mimi Lana
- Irfan Zaini
- Zahiril Adzim
- Sarimah Ibrahim
- Erysha Emyra
- Sophia Albarakbah
- Chacha Maembong
- Fasha Sandha
Paling Viral 2.0 (OBPVO) mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
The post #OBPVO2.0: Amir Ahnaf, Aedy Ashraf & Tracie Sinidol Antara Calon Pelakon Paling Viral, Siapa Selebriti Pilihan Anda? first appeared on OHBULAN!.





