31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zaki Yamani Kerja Keras Sejak Usia 13 Tahun – ‘Saya Tak Guna Duit Ayah Atau Sesiapa’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Zaki Yamani tidak mengambil hati terhadap kritikan netizen yang mempersoalkan kemampuan kewangannya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zaki Yamani Akui Tak Mampu Tandingi Populariti Jamal Abdillah, Sentiasa Merendah Diri – ‘Saya Akan Terus Berkarya’

    Artikel Berkaitan: Amelina, Zaki Yamani & Santesh Bakal Meriahkan Melaka, Darling Ngasri Buka Uji Bakat Pelakon Baharu

    Tak guna duit ayah

    Ketika ditemui , Zaki atau nama penuhnya Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, berkata, dia sudah bekerja sejak berusia 13 tahun bagi menampung komitmen sendiri tanpa bergantung kepada bapanya.

    Menurut Zaki, mereka yang mengenalinya sejak awal kerjaya lebih mengetahui kesungguhannya mencari pendapatan sendiri.

    Bagi saya, kita tidak bolehlah merendahkan individu lain. Siapa yang menyokong saya dari awal mereka tahu bagaimana saya kuat bekerja.

    Saya tak guna duit ayah mahupun duit sesiapa. Saya bekerja untuk membayar komitmen sendiri. Hanya yang rapat saja tahu.

    Zaki berkata demikian ketika ditemui pada acara Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 di Selangor International Trade Centre (SITC), pada Ahad.

    Mengulas lanjut, penyanyi lagu Akur itu menegaskan bahawa dia tidak menghiraukan pandangan netizen kerana mereka tidak mengetahui komitmen kewangannya, apatah lagi dia sudah terbiasa bekerja dan menguruskan perbelanjaan sendiri sejak usia muda.

    Saya tak kisah orang nak cakap apa, bukan mereka yang bayar rumah, kereta dan bil-bil lain.

    Saya pun sudah bekerja daripada usia 13 tahun sampailah nak masuk umur 21 tahun.

    Mungkin mereka jarang nampak golongan awal usia ini bekerja sendiri untuk membayar komitmen.

    Dalam pada itu, Zaki berkata, dia mengutamakan simpanan dan perancangan kewangan untuk masa depan hasil didikan ibu serta nasihat bapanya sejak usia muda.

    Ramai yang mungkin ingat saya tiada simpanan wang tetapi sebenarnya saya seorang yang memang memikirkan tentang masa depan.

    Ibu saya antara individu yang selalu ingatkan untuk menyimpan wang. Saya juga ambil pelajaran daripada ayah juga, kita memang perlu menyimpan duit untuk masa depan.

    Saya nak beli rumah, buat bisnes. Sebagai anak muda tak bolehlah boros sangat. Kalau nak berbelanja, 70 peratus simpanan, guna 30 peratus saja daripada gaji. Itu prinsip saya.

    Sementara itu, Zaki turut memuji Azeva yang disifatkan sebagai seorang yang berdisiplin dan bijak menjana pendapatan menerusi perniagaan, selain hubungan persahabatan rapat membuatkan mereka saling mengenali antara satu sama lain.

    Saya dan Azeva memang sangat rapat dan kami tahu serba sedikit tentang diri masing-masing.

    Tapi kami tetap berkawan baik. Azeva seorang berdisiplin, bijak buat duit dan dia pandai berniaga.

    Itu yang membuatkan saya suka berkawan dengannya. Bila saya berkawan dengan seseorang, saya akan melihat apa dia akan buat untuk masa depan.

    The post [VIDEO] Zaki Yamani Kerja Keras Sejak Usia 13 Tahun – ‘Saya Tak Guna Duit Ayah Atau Sesiapa’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Aliff Syukri Dedah Kos Tukar Langsir Cecah RM800 Ribu, Cat Rumah Hampir Setengah Juta – ‘Saya Bergelut Cari Duit’

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah