28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Aishah Tak Buat Persiapan Raya, Masih Sedih Pemergian Arwah Ibu

    Shopee Sale

    Pelakon, Puteri Aishah berkongsi tidak membuat persiapan Hari Raya tahun ini selepas pemergian ibu tersayang, Norita Sulaiman, pada Januari lalu.

    Artikel Berkaitan: Puteri Aishah, Pengarah & Kru Produksi Positif Covid-19 Selepas Pulang Dari Penggambaran Di Scotland

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Terpaksa Bersalin Secara Czer Sebab Apendiks Pecah’ – Puteri Aishah

    Sebak

    Ketika ditemui , pemilik nama Puteri Aishah Sulaiman, 32, tidak dapat menahan sebak apabila menceritakan mengenai ibunya.

    Tahun ini saya tidak buat persediaan raya sangat. Biasa-biasa saja.

    Katanya, dia juga merancang untuk ke Negeri Sembilan untuk beraya bersama adik perempuannya yang masih bujang.

    Saya nak teman dia sebab kasihan dia raya seorang diri pada tahun ini.

    Bercerita lanjut, Puteri berkata suaminya turut merasai kesedihan kehilangan ibunya, memandangkan mereka sangat rapat.

    Sebenarnya suami saya pun sangat rapat dengan mama. Mama ibu tunggal, jadi kalau kami pergi bercuti walaupun ke luar negara, kami akan bawa mama sekali.

    Kadang-kadang duduk sekali satu hotel sebab risau kalau mama duduk sorang ada apa-apa jadi.

    Setiap kali saya sedih, suami saya mesti sedih sekali.

    Kalau teringat, kami akan solat dan doakan untuk mama.

    Sebelum ini, Puteri memaklumkan ibunya telah meninggal dunia pada 25 Januari lalu, selepas lebih 10 tahun berjuang menentang kanser rahim yang akhirnya merebak ke hati.

    MENARIK:  Nora Danish Sangkal Dakwaan Netizen Tuduh Diri Suka Dimanjakan – ‘Saya Kerja Siang Malam Untuk Keluarga & Anak-Anak’

    Kata Puteri, sepanjang sepuluh tahun kesihatan ibunya tidak begitu baik namun keadaan mula merosot pada Disember tahun lalu.

    The post Puteri Aishah Tak Buat Persiapan Raya, Masih Sedih Pemergian Arwah Ibu first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah