28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hun Haqeem: Lelaki Idaman yang Baik dan Lemah Lembut – Erysha Emyra

    Shopee Sale



    Erysha Emyra

    Pelakon meningkat naik, Erysha Emyra menafikan dakwaan yang mengatakan dia mempunyai hubungan istimewa dengan aktor Hun Haqeem.

    Tiada hubungan istimewa

    Erysha Emyra

    Ketika ditemui , Erysha berkata dia dengan Hun hanya berkawan baik dan mula rapat sejak mereka digandingkan dalam sebuah drama.

    Bercinta? Pastinya tidak sama sekali. Hubungan saya dan Hun hanya kawan di set penggambaran dan mungkin rapat sebab sudah bekerjasama dalam tempoh lama.

    Erysha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Ramadan Astro 2024 yang diadakan di M Resort Hotel @ Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Dalam pada itu, anak kepada pelakon veteran Datin Seri Noniswara itu menyifatkan Hun sebagai seorang lelaki yang berbudi bahasa dan lemah lembut.

    Hun seorang lelaki yang baik, bertutur pun lemah lembut. Nak kata dia ada ciri-ciri lelaki idaman, saya rasa dia ada dan ramai lelaki lain pun ada juga.

    Sementara itu, Ersyha menegaskan dia tidak mempunyai perancangan untuk mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki kerana mahu fokus karier seni.

    Nak ada hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki mungkin belum lagi buat masa sekarang.

    Saya pun masih sangat baru dalam industri jadi, fokus sekarang hanyalah untuk kerjaya dan keluarga sahaja.

    Terdahulu, netizen mendakwa Erysha dan Hun mempunyai hubungan istimewa selepas mereka sering dilihat bersama dalam media sosial masing-masing.

    MENARIK:  [VIDEO] Pilot Kagum Dengan Ilmu Ustaz Azhar Idrus, Jawab Soalan Mengenai Nahas Pesawat Azerbaijan & Jeju Air

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah