Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah iaitu kerabat Diraja Brunei berkongsi berita bahawa isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah kini sedang hamil anak pertama mereka.
Artikel Berkaitan: Netizen Teruja Lihat Cenderahati Mewah Di Majlis Santapan Diraja Putera Mateen, Dayang Anisha – ‘Pen Itu Sebatang RM3,000’
Artikel Berkaitan: Ramai Gadis Patah Hati..Ini Trivia Dayang Anisha, Rupanya Dah Kenal Putera Mateen Sejak Kecil!
Tahniah!

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Putera Mateen, 34, menerusi satu hantaran di Instagram rasmi miliknya, pada Isnin.
And then there were 3
Putera Mateen turut memuat naik foto romantis bersama isteri tercinta.
Menerusi gambar berkenaan, pasangan diraja itu kelihatan bergaya dalam busana serba putih sambil berpimpinan tangan di atas balkoni.
YM Dayang Anisha, 30, anggun dan berseri sambil memegang perutnya sekaligus memberi bayangan mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Bagaimanpun, pasangan ini memilih untuk tidak mendedahkan usia kandungan kepada umum.
Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah serta doa agar segala urusan pasangan diraja itu dipermudahkan, termasuklah proses kelahiran kelak.
Untuk info, Pengiran Muda Abdul Mateen dan YM Dayang Anisha melangsungkan perkahwinan diraja selama 10 hari pada Januari 2024.
Sumber: Instagram Putera Mateen
The post Putera Mateen Bakal Jadi Ayah, Isteri Hamil Anak Pertama first appeared on OHBULAN!.





