30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pulau Langkawi Sedia Jadi Pelancongan Mesra OKU, JOKAL 2025 Ubah Akses Bukan Lagi Pilihan

    Shopee Sale

    Pulau Langkawi yang cukup terkenal dengan jolokan Permata Kedah, terus bergerak jauh ke depan menjadi destinasi pelancongan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi penganjuran Program Jelajah OKU x Asnaf Langkawi (JOKAL 2025).

    JOKAL 2025 telah berlangsung selama 7 hari 6 malam dengan penglibatan seramai 120 peserta dari seluruh negeri termasuk komuniti OKU, asnaf serta wakil pelbagai organisasi dan agensi.

    Artikel Berkaitan: “Saat Semua Pergi, Allah Hadirkan Jalan” – Kisah Inspirasi Piyan Dari OKU Ke Usahawan Automotif Berjaya

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aleeya Zailan Berhabis RM10,000, Kongsi Rezeki Bersama Anak-Anak Yatim & Asnaf

    Tempat tarikan mesra OKU

    Menurut Presiden Majlis Belia OKU (MBOKU), Mohd Faiz Suhaimi, program ini menekankan fasiliti mesra OKU dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

    Program ini memberi fokus kepada fasiliti mesra OKU serta kelestarian alam sekitar (wildlife), menjadikan tarikan-tarikan di Langkawi lebih inklusif dan sesuai untuk golongan OKU.

    Objektif utama program ini adalah untuk menjadikan Langkawi sebagai platform pelancongan yang lebih mesra OKU.

    Faiz berkata demikian semasa majlis perasmian JOKAL 2025 di Holiday Villa Langkawi, yang turut menyambung kejayaan program Eksplorasi Belia OKU pada tahun lalu.

    Sepanjang program, peserta menyertai lawatan ke lokasi popular seperti Galeria Perdana, Taman Buaya, Kompleks Kraf, Dream Forest dan Underwater World, dengan mengambil kira keperluan aksesibiliti.

    Tambah Faiz, program ini turut menganjurkan karnival jualan melibatkan 40 vendor di Underwater World Langkawi, sekali gus memberi peluang kepada peserta menjana pendapatan dan mencuba bidang keusahawanan.

    Katanya, sebanyak RM50 dikenakan kepada komuniti untuk sewaan simbolik, manakala selebihnya ditaja sepenuh oleh CMA Media.

    Alhamdulillah walaupun hujan tetapi jualan lancar. Ini bukan sekadar lawatan pelancongan, ia disebut sebagai satu pengalaman yang membuka mata kepada potensi besar golongan OKU dan asnaf untuk menghasilkan produk yang mampu menjana pendapatan dan ekonomi mereka sendiri.

    Program ini juga memberi ruang kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan secara aktif.

    Program yang dianjurkan CMA Media Sdn. Bhd. dengan kerjasama Majlis Belia OKU (MBOKU), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), Balai Seni Negara Langkawi, Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA), Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Putra Malaysia (UPM), Yayasan Basmi Kemiskinan dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

    Penambah baikan demi keselesaan

    Pengarah Urusan CMA Media, Suraya Saad pula menyatakan bahawa banyak lokasi di Langkawi sudah mempunyai kemudahan asas.

    MENARIK:  Konsert Seribu Rahmat Umbrella Bakal Hangatkan Pentas UUM, Zamani & Floor 88 Tampil Sebagai Penampilan Khas

    Namun, masih ada ruang untuk ditambah baik terutamanya dari segi maklumat pelancongan, kemudahan tandas awam dan kempen kesedaran.

    Akses pelancongan yang inklusif juga perlu diperkukuhkan, termasuk penyediaan fasiliti untuk warga emas dan OKU dalam pakej-pakej pelancongan yang sedia ada.

    Tahun Melawat Kedah

    Dalam pada itu, Pengarah Balai Seni Negara Langkawi, Zaslan Zeeha Zaini, turut menyatakan bahawa sektor pelancongan perlu bersedia menghadapi perubahan demografi menjelang Tahun Melawat Kedah dan sasaran Malaysia sebagai negara warga emas menjelang 2030.

    Setiap lokasi di Langkawi menyediakan sokongan logistik mesra OKU, termasuk kenderaan lif hidraulik, pengiring perubatan, bantuan kerusi roda serta sukarelawan mobiliti.

    Justeru, lawatan ini bukan sekadar aktiviti santai malah membina inspirasi dan minat baharu dalam kalangan peserta, membuktikan Langkawi mampu menjadi model rujukan pelancongan inklusif.

    Akses OKU satu keperluan

    Sementara itu, Pengarah Program JOKAL 2025, Ally Isyraf, berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan dan membuktikan bahawa program seperti ini mampu memberi kesan jangka panjang terhadap perubahan dalam sektor pelancongan.

    Kita nampak keterujaan peserta apabila kemudahan yang disediakan benar-benar mengambil kira keperluan mereka.

    JOKAL bukan sekadar program, tapi satu gerakan membuka mata industri pelancongan bahawa akses untuk OKU bukan lagi satu pilihan tapi ia adalah keperluan.

    Jelasnya, JOKAL bukan sekadar inisiatif ‘sekali lalu’one time’, tetapi merupakan sebahagian daripada perancangan jangka panjang dan sedang dalam perancangan adalah pelancongan di Pulau Kentut.

    Pulau Kentut tu akan jadi dive spot baru selain Pulau Payar di Langkawi.

    Plan yang akan berjalan di Pulau Kentut ialah coral planting yang akan dibuka kepada penyelam dari negara lain juga nanti. Selain itu, projek biorock underwater museum pertama dalam Malaysia juga akan dimulakan di sini.

    Projek ini dijangka bukan sahaja merancakkan ekopelancongan laut tetapi juga memperluas keterlibatan komuniti rentan dalam sektor pelancongan marin selaras dengan misi JOKAL untuk mewujudkan akses dan peluang ekonomi kepada semua.

    Selepas kejayaan JOKAL 2025, pihak penganjur merancang untuk membawa program ini ke Sabah dan Sarawak, serta memperluaskan kerjasama pelancongan inklusif ke peringkat antarabangsa, termasuk negara seperti Uzbekistan.

    The post Pulau Langkawi Sedia Jadi Pelancongan Mesra OKU, JOKAL 2025 Ubah Akses Bukan Lagi Pilihan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah