27.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsert Seribu Rahmat Umbrella Bakal Hangatkan Pentas UUM, Zamani & Floor 88 Tampil Sebagai Penampilan Khas

    Shopee Sale

    Berita gembira buat para peminat Umbrella, khususnya yang berada di utara tanah air, kumpulan ini telah mengumumkan bakal mengadakan Konsert Seribu Rahmat Umbrella yang dijadual berlangsung pada 6 Jun 2026 di Dewan Mu’adzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM).

    Artikel Berkaitan: Zarul Umbrella Tiada Masalah Dengan CK Faizal, Hormat Keputusan Undur Diri Dari Podcast – ‘Dia Yang Banyak Bantu..’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kapten Suruh Check Siapa Main Telefon..Sistem Shut Down Sekejap’ – Zarul Umbrella Kongsi Fungsi ‘Airplane Mode’

    Konsert Umbrella

    Dianjurkan oleh Pertubuhan Bahtera Prihatin Rakyat Perlis (PBPRP), konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan nostalgia, malah merupakan sebuah gabungan elemen muzik bersama teknologi masa kini.

    Bukan itu sahaja, konsert ini turut membawa penampilan khas, iaitu penyanyi terkenal, Zamani serta kumpulan Floor 88. Gabungan ini bakal mempersembahkan tiga segment istimewa kepada penonton, merentasi generasi dari lagu-lagu puitis era 90-an sehinggalah karya yang mendominasi platform digital.

    Pihak PBPRP menjelaskan bahawa pemilihan lokasi konsert di Kedah adalah merupakan langkah desentralisasi industri kreatif bagi membuktikan konsert bertaraf tinggi tidak hanya tertumpu di Kuala Lumpur.

    Dewan Mu’adzam Shah dipilih kerana fasiliti profesionalnya yang setaraf dewan konsert terkemuka, selain kedudukannya sebagai pintu masuk strategik bagi peminat dari Perlis, Pulau Pinang, Perak Utara, dan selatan Thailand.

    Sementara itu, vokalis kumpulan Umbrella iaitu Zarul Husin, meluahkan rasa teruja apabila pertama kali diberikan peluang untuk bekerjasama dengan pihak institusi pengajian tersebut.

    Ini merupakan kali pertama Umbrella mengadakan konsert di UUM. Hubungan ini terjalin secara unik memandangkan pemain bass kami sendiri merupakan kakitangan di universiti tersebut.

    Kami bakal mempersembahkan kira-kira 13 buah lagu yang diambil sepenuhnya daripada album Seribu Rahmat dan Hujan Panas.

    Ia benar-benar sebuah perjalanan nostalgia, malah ketika sesi latihan, saya sendiri merasai emosi yang mendalam kerana sudah lama tidak menyanyikan lagu-lagu tersebut.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Ramalan Ku Benar Belaka ini turut menyifatkan konsert tersebut sebagai salah satu perjalanan istimewa yang akan dijadikan momen penting dalam karya seni mereka.

    Kami mahu penonton merasai satu ‘perjalanan’. Lagu-lagu yang dipilih adalah yang cukup dekat di hati peminat tegar.

    Lagu-lagu itu termasuk kemungkinan lagu daripada album Payung Sakti dan persembahan solo saya sendiri. Ini adalah hadiah buat mereka yang setia menyokong kami sejak awal 90-an.

    Khas buat peminat

    View this post on Instagram

    A post shared by Bahtera Perlis (@bahteraperlis09)

    Lebih menarik, penonton bakal disajikan dengan video flashback perjalanan Umbrella yang diolah semula secara digital menggunakan AI, memaparkan klip arkib dan rakaman di sebalik tabir yang jarang dilihat sebelum ini.

    MENARIK:  Che Ta Dedah Wajah Lelaki Didakwa Bawa Lari Dua Pembantu Rumah Ayu Raudhah – ‘Inilah Jantan Tak Ada Teloq Tu’

    Penerbitan kreatif konsert ini diterajui oleh komposer terkenal, Dr Azmeer, yang bertanggungjawab memastikan standard tertinggi bagi susunan muzik dan kualiti audio.

    Dengan penglibatan lebih 150 petugas tempatan, konsert ini diharapkan dapat merancakkan ekonomi kreatif di wilayah utara dengan persembahan selama lebih dua jam 30 minit menerusi rangkaian 20 buah lagu hit.

    Berikut adalah harga bagi setiap kategori tiket:

    Zon Ramalanku Benar Belaka – RM150

    Zon Bukalah Hatimu – RM100

    Zon Akulah Teduhan Mu – RM50

    (Susunan tempat duduk adalah bebas berasas konsep ‘first come first seat’)

    Tiket konsert ini boleh didapati di laman sesawang ticket2u.com.my.

    The post Konsert Seribu Rahmat Umbrella Bakal Hangatkan Pentas UUM, Zamani & Floor 88 Tampil Sebagai Penampilan Khas first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah