26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puasa Tapi Kerja Jalan Terus? Drama Raya Ini Angkat Realiti Ramadan Yang Ramai Tak Cerita

    Shopee Sale

    Setiap kali bulan Ramadan pastinya rutin kita semua akan bertukar. Bermula dengan bangun awal pagi untuk sahur, rushing ke tempat kerja sambil tahan lapar dan bila hampir waktu berbuka, tenaga memang dah low.

    Belum lagi masuk fasa persiapan raya. Bermula dari dapatkan baju sedondon, kemas rumah, siapkan kuih raya dan pelbagai lagi. Semuanya nak kena settle sebelum masa Shawal.

    Pendek kata, memang ‘Raya Rush’!

    Sebab itu tahun ini, SNICKERS tampil dengan sesuatu yang sangat dekat dengan realiti kehidupan ramai orang melalui drama khas Ramadan mereka iaitu Projek Raya Rush.

    Drama Raya ini angkat realiti Ramadan yang ramai boleh ‘relate’

    View this post on Instagram

    A post shared by Snickers Malaysia (@snickersmalaysia)

    Drama bersiri enam episod ini membawa kisah kehidupan sekumpulan pekerja yang cuba imbangi tugas kerja, kehidupan peribadi dan juga persiapan Hari Raya ketika sedang berpuasa.

    MENARIK:  Remy Ishak Cedera Dalam Kemalangan Di Set Penggambaran, Alami Patah Tulang Rusuk

    Daripada situasi lucu ketika menahan lapar di pejabat hinggalah momen kelam-kabut menyiapkan tugasan sebelum pulang ke kampung, jalan cerita drama ini memang relatable dengan kehidupan ramai rakyat Malaysia.

    Lebih best, drama ini turut menampilkan barisan selebriti tempatan seperti Sharmaine Alexander, Muaz Zabir, Fye Ramli dan ramai lagi yang menjadikan setiap episod lebih hidup dan menghiburkan!

    Dalam masa yang sama, ia turut menunjukkan bagaimana perkara kecil seperti mencari sesuatu yang boleh membantu memberi tenaga semula ketika sahur atau selepas berbuka boleh menjadi penyelamat di tengah kesibukan Ramadan.

    " data-video-id="7615876139612933397" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @dramasangat

    Episod 1/6: Nak balik berbuka, tiba-tiba boss panggil “Tunggu dulu!” Last minute brief pulak tu. Kenapa boss nampak…lain macam bila lapar? Saksikan kesemua 6 episod Siri Drama SNICKERS Projek Raya Rush — Episod baru setiap Rabu & Khamis, 12:30 tengahari di TikTok @dramasangat @official @marssnacking.my #ProjekRayaRush #SNICKERS #SNICKE

    ♬ original sound – dramasangat – dramasangat

    Di sinilah SNICKERS tampil sebagai snek yang ramai kenal sebagai pilihan untuk ‘recharge’ tenaga bila lapar melanda!

    Oh ya, korang juga boleh gantikan atau sertakan sekali bersama di dalam sampul raya. Duit dapat, ‘recharge’ tenaga pun dapat!

    Bukan sekadar tonton drama, anda juga boleh temui MINGYU di Manila!

    View this post on Instagram

    A post shared by Snickers Malaysia (@snickersmalaysia)

    Selain drama yang menghiburkan, SNICKERS turut membawakan sebuah peraduan khas yang menawarkan hadiah cukup menarik.

    Menerusi #SNICKERSwithMINGYU Snap & Win Contest, anda berpeluang memenangi percutian 4 hari 3 malam ke Manila untuk menghadiri acara pop-up eksklusif bersama bintang K-pop terkenal, Mingyu daripada kumpulan Seventeen!

    Acara tersebut dijadualkan berlangsung pada 11 April dan pastinya menjadi pengalaman yang sangat istimewa buat peminat yang ingin melihat idola mereka secara lebih dekat!

    Cara untuk sertai peraduan #SNICKERSwithMINGYU

    Nak join peraduan #SNICKERSwithMINGYU sebenarnya mudah sahaja:

    Pilihan 1: Ambil gambar atau video bersama paparan SNICKERS dan MINGYU di kedai terpilih.

    Pilihan 2: Ambil gambar atau video bersama SNICKERS bar.

    Seterusnya:

    1. Muat naik gambar atau video tersebut di Facebook, Instagram atau TikTok (akaun perlu public).
    2. Gunakan hashtag #SNICKERSwithMINGYU dan tag akaun rasmi SNICKERS.
    3. Hantar bukti posting melalui Google Form contest.

    Tempoh penyertaan berlangsung dari 2 Mac 2026 hingga 24 Mac 2026 di mana pemenang akan diumumkan dalam masa 5 hari selepas contest berakhir.

    Ingat, setiap peserta hanya boleh menang sekali sahaja.

    Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh sertai SEGERA untuk berpeluang meraih hadiah luar biasa daripada Snickers sebelum tarikh peraduan ditutup!

    Ramadan & Syawal memang lebih meriah apabila ada momen begini

    Walaupun Ramadan sering datang bersama jadual yang padat, ia tetap menjadi masa yang penuh makna untuk dikongsi bersama keluarga, rakan dan orang tersayang.

    Melalui drama Projek Raya Rush dan contest #SNICKERSwithMINGYU, SNICKERS ingin mengingatkan bahawa walaupun hidup kadang-kadang terasa sibuk dan ‘rush’, masih ada ruang untuk menikmati momen tersebut.

    Siapa tahu, mungkin rezeki korang untuk terbang ke Manila dan bertemu MINGYU secara live.

    Ketahui lebih lanjut mengenai contest ini dengan layari media sosial rasmi SNICKERS Malaysia di Facebook, Instagram dan juga TikTok.

    The post Puasa Tapi Kerja Jalan Terus? Drama Raya Ini Angkat Realiti Ramadan Yang Ramai Tak Cerita first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah