29 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polong Pecah Panggung Kutip RM10 Juta, Buktikan Filem Seram Digemari Ramai

    Shopee Sale

    Filem seram tempatan ‘Polong’ terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya merekodkan kutipan pecah panggung sebanyak RM10 juta setakat ini, sekali gus meletakkannya antara karya tempatan yang paling mendapat perhatian penonton ketika ini.

    Artikel Berkaitan: Selepas Empat Hari Di Pawagam, Filem Polong Raih Kutipan RM5.5 Juta

    Artikel Berkaitan: Filem Polong Dilabel ‘Sampah’, Mimi Lana Bersuara – ‘Agak Keterlaluan, Penonton Lain Menjerit’

    Penonton terkesan dengan jalan cerita

    Kejayaan tersebut dicapai hanya beberapa hari selepas filem arahan daripada Zulkarnain Azhar itu mencatat kutipan RM5.5 juta dalam tempoh empat hari pertama tayangan.

    Sambutan berterusan daripada penonton di seluruh negara membolehkan ‘Polong’ melakar satu lagi pencapaian membanggakan dengan melepasi angka RM10 juta.

    Sejak filem ini mula ditayangkan di pawagam, ‘Polong’ bukan sahaja mendapat sokongan peminat genre seram, malah turut mencetuskan pelbagai perbincangan di media sosial.

    Selain itu, ramai juga penonton berkongsi pengalaman mereka yang mengakui terkesan dengan suasana ngeri serta jalan cerita yang sarat dengan elemen misteri.

    Dengan menampilkan kisah berkaitan amalan ilmu hitam, rahsia silam dan sumpahan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi lain, ‘Polong’ berjaya menonjolkan kelainan menerusi gabungan unsur seram tradisional tempatan dan penceritaan psikologi yang kuat.

    MENARIK:  ‘Sudah Tiba Masanya Untuk Jadi Lebih Kuat, Reda Dengan Segala Ketentuan & Perbaiki Diri’ – Bekas Isteri Hisyam Hamid

    Filem ini diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dan diedarkan oleh 10 Star Cinemas Sdn. Bhd., filem ini turut mendapat sokongan promosi daripada Primeworks Studios dan Astro Shaw.

    Di samping itu, barisan pelakonnya dibarisi nama-nama hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa, Amir Nafis serta ramai lagi.

    Dalam masa sama, ‘Polong’ turut menerima reaksi positif daripada penonton yang memuji kekuatan naratif, mutu lakonan, visual sinematik dan reka bentuk bunyi yang berjaya menambahkan lagi elemen seram sepanjang tayangan.

    Pencapaian ini sekali lagi membuktikan bahawa filem seram tempatan masih mempunyai pengaruh besar dalam kalangan penonton Malaysia apabila dipersembahkan dengan kualiti produksi yang tinggi dan penceritaan yang berkesan.

    Dengan sambutan yang masih memberangsangkan serta momentum yang terus meningkat, ‘Polong’ dijangka mampu menambah kutipan dan mencipta lebih banyak rekod baharu dalam tempoh tayangannya di pawagam.

    The post Polong Pecah Panggung Kutip RM10 Juta, Buktikan Filem Seram Digemari Ramai first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah