Sempena bulan Ramadan yang penuh berkat, pendakwah bebas, PU Riz mengambil peluang untuk melakukan kebaikan kepada insan yang memerlukan.
Artikel Berkaitan: PU Riz Coret Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa – ‘Kehadiran Adinda Buat Keluarga Amat Luar Biasa’
Artikel Berkaitan: PU Riz Respon Komen Netizen ‘Pergi Tegur Adik-Adik Dulu’ – ‘Tidak Pernah Kita Setuju Dengan Maksiat’
Usaha PU Riz

Menerusi hantaran di Instagram, PU Riz atau nama lengkapnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 31, memaklumkan akan memberikan sumbangan kepada mana-mana individu yang berada di dalam kesusahan sepanjang bulan yang mulia ini.
Menurut bapa kepada dua orang anak itu, bantuan tersebut adalah dari segi perbelanjaan makanan dan minuman.
Kepada sesiapa yang membaca tulisan ini, dengan rendah diri saya ingin memaklumkan sesuatu yang amat penting bermula 1 Ramadan 2026.
Jika anda mengenali keluarga, sahabat, saudara atau sesiapa sahaja yang berada dalam keadaan agak susah, saya dan team bersedia untuk membelanjakan makan dan minum bagi 20 individu setiap hari sehingga 1 Syawal tahun ini.
Justeru, PU Riz menyeru kepada mereka yang memerlukan untuk tampil memberikan maklumat dengan menghubungi pihaknya.
Jika berminat, boleh hantar butiran segera ke nombor ini, 011-63372884.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji inisiatif yang dilakukan oleh suami kepada selebriti terkenal Neelofa itu.
Dalam masa sama, warganet juga mendoakan agar urusannya untuk membantu orang ramai dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sumber: Instagram PU Riz
The post PU Riz Buka Ruang Bantu Insan Memerlukan Ramadan Ini – ‘Sedia Belanja Makan & Minum 20 Orang Setiap Hari’ first appeared on OHBULAN!.





