Pelakon Siti Khadijah meluahkan rasa berang dan kecewa selepas menjadi mangsa penyalahgunaan teknologi apabila fotonya disunting menggunakan kecerdasan buatan (AI) bersama individu kontroversi, Daddy Ash.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Rasa Jijik Lihat ‘Hot Daddy’ Dilayan Seperti Selebriti! Siap Ada Yang Ajak Bergambar & Bersalaman
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Pelik Netizen ‘Angkat’ Nama Hot Daddy, Dia Poligami Ikut Hukum Ditendang Masuk Gaung – ‘Siap Wish Goodluck’
Siti Khadijah respon foto AI dengan Daddy Ash

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Siti Khadijah Abdul Halim, 29, menegaskan bahawa gambar yang tular itu bukan dirinya.
Sebaliknya aktres ini menyifatkan penyebaran tersebut sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang menjejaskan maruah serta reputasinya sebagai anak seni.
Boleh tak lain kali tolong jangan libatkan Siti dalam benda-benda bodoh macam tu? Saya ni malas betul buang masa fikir benda-benda macam ni sebab terang-terang bukan saya. Saya tak akan buat pun.
Di otak ni nak kerja, kumpul duit untuk hari tua sahaja. Tak ada masa nak fikir pasal edit itu ini, orang cakap belakang ke apa ke, terpulang. Janji awak happy.
Tapi sekarang saya terpaksa fikir sebab awak salah buat percaturan, ganggu saya.
Pelakon drama From Saga With Love ini juga mengakui tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan imej berunsur fitnah itu dianggap sudah melampaui batas.
Oleh itu, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat.
Insya-Allah saya cari awak dan saman awak. Amin.
Saya nak ambil tindakan yang betul-betul. Bukan setakat report polis tapi tak ada hasil.
Boleh tak sesiapa beritahu Siti macam mana nak pastikan dorang ni kena hukuman setimpal?
Terdahulu, tular di media sosial satu foto yang memaparkan Siti Khadijah bersama Daddy Ash, atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32.
Individu berkenaan pernah ditahan sebelum ini atas dakwaan terlibat dalam aktiviti pengiklanan khidmat persundalan serta penjualan video lucah melalui aplikasi Telegram dan media sosial pada awal tahun 2024.
Sumber: Instagram Siti Khadijah Halim
The post Siti Khadijah Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang, Berang Foto Disunting AI Bersama ‘Daddy Ash’ – ‘Saya Cari Awak & Saman’ first appeared on OHBULAN!.





